Dalang krisis PKR-DAP di Sarawak: Azmin pasti berjaya berlepas tangan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 09, 2016

Dalang krisis PKR-DAP di Sarawak: Azmin pasti berjaya berlepas tangan

Malaysiakini dalam berita pada 28 April dengan tajuk "PKR cari dalang krisis PKR-DAP di S'wak lepas 7 Mei" (yang kemudianya ditukar tajuk kepada "PKR terus fokus kepada proses pengundian" melaporkan Nurul Izzah sebagai berkata...

Anwar sound Azmin
Gambar hiasan: Anwar sound Azmin
AstroAwani dalam berita bertajuk "Pasca Sarawak 2016: Azmin ajak PAS kembali bersama DAP dan PKR" melaporkan:
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak PAS kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk di Pilihan Raya Sarawak ke-11, semalam. - AstroAwani.
Tengok ke berita ni nampak macam Azmin Ali langsung tak rasa bersalah dengan kerjabuat dia sampai jadi pertandingan sesama sendiri dari kalangan parti Pakatan Harapan di PRN11 Sarawak tu.

Malaysiakini dalam berita pada 28 April dengan tajuk "PKR cari dalang krisis PKR-DAP di S'wak lepas 7 Mei" (yang kemudianya ditukar tajuk kepada "PKR terus fokus kepada proses pengundian" melaporkan Nurul Izzah sebagai berkata:
Sumber: FB Cenangau D'Kari
Di sebalik keengganan PKR dan DAP untuk berundur dari bertanding di enam kerusi yang sama dalam pilihan raya negeri Sarawak, PKR memilih untuk tidak memandang ke belakang dan terus fokus kepada proses pengundian tersebut.

"Saya memilih untuk tidak menumpukan kepada ini (pertembungan kerusi). Biarlah kita melangkah ke depan," Naib Presiden PKR yang juga pengarah pilihan rayanya, Nurul Izzah Anwar berkata pada sidang akhbar di Petaling Jaya, hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berikrar partinya akan menguruskan perkara itu selepas 7 Mei ini.

"Kami pasti akan kendalikan apa yang perlu dilakukan selepas 7 Mei," katanya. - Mkini.
Malaysiakini pada dalam berita bertajuk "Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP" pula melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.

Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.

"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.
Malaysiakini dalam satu berita pada 25 April melaporkan:
11.43am - Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menandatangani surat kebenaran untuk PKR bertanding menentang DAP di kerusi Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum.

"Kami telah mengesahkan dengan Kak Wan (Wan Azizah). Beliau menafikan (menandatanganinya)," Rafizi memberitahu Malaysiakini melalui mesej teks. - Mkini.
Pada 27 April Rafizi Ramli update status Fb dia minta maaf panjang lebar yang tak merungkai persoalan malah menimbulkan lebih banyak persoalan.
Saya ditanyakan pelbagai soalan. Saya telah berikan penjelasan lengkap kepada Ketua-ketua Cabang KEADILAN di dalam kumpulan Whatsapp dan cukuplah ia kekal di situ.

Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama. Saya sendiri perlu menilai kembali pendekatan saya dalam menangani perbezaan di dalam saf kepimpinan. Menguruskan perbezaan pendapat di dalam sesebuah organisasi itu perkara biasa, namun ia tidak boleh sekali-kali bertentangan dengan prinsip kebenaran, keadilan dan patuh kepada janji. - FB Rafizi Ramli

Kesimpulannya, aku yakin Azmin akan berjaya berlepas tangan dalan isu ni dan yang paling malang lagi, Pakatan Harapan kekal hanya tinggal harapan...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...