11 langkah Najib takkan dapat redakan kemarahan rakyat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 31, 2013

11 langkah Najib takkan dapat redakan kemarahan rakyat

Akhir sekali, aku tak rasa pengumuman Najib 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam tu akan dapat meredakan kemarahan rakyat pasainya langkah-langkah tu tak nampak boleh selesaikan masalah utama rakyat sekarang ni iaitu masalah kenaikan harga barang

mStar melaporkan:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - mStar.
Kalau baca laporan mStar tu nampak macam banyak yang Najib nak buat untuk kurangkan perbelanjaan kerajaan.

Aku malas nak komen lebih-lebih, cuma pada aku penjimatan perbelanjaan kerajaan macam tu patutnya dah lama jadi amalan, sekurang-kurangnya sebelum Najib sibuk cakap nak kurangkan subsidi beberapa tahun lepas lagi.

Yang kedua, aku cukup respek dengan tweet ringkas Marina anak Dr. Mahathir yang komen pasai 11 langkah yang Najib umum tu.


Memang betul macam tweet Marina tu, pengurangan tu memang tak boleh kalau nak banding kesengsaraan yang rakyat telah sedang dan akan tanggung dengan kenaikan harga barang yang semakin menyesakkan.

Kalau takat kurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10%, bukannya depa nak rasa, malah kalau kurangkan elaun depa pun aku rasa depa tak berapa nak rasa pasai berapa sangat elaun depa berbanding hasil rasuah dan penyelewengan yang depa sapu.

Yang ketiganya, pengumuman Najib tu pada aku adalah kemenangan pertama desakan dari rakyat. Belum pun lagi himpunan yang puak penchachai gelar 'Himpunan Guling Kerajaan' tu bermula tapi nampaknya Najib terpaksa buat tindakan drastik, buat pengumuman untuk 'redakan' kemarahan rakyat yang nampaknya memang semakin meningkat.

Akhir sekali, aku tak rasa pengumuman Najib 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam tu akan dapat meredakan kemarahan rakyat pasainya langkah-langkah tu tak nampak boleh selesaikan masalah utama rakyat sekarang ni iaitu masalah kenaikan harga barang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...