Syarikat kroni AES bakal melingkup tak lama lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 22, 2013

Syarikat kroni AES bakal melingkup tak lama lagi?

Kalau dah sampai tahap akaun bank kena beku nak bisness macamana, takkan semua nak main tunai. Kalau takat berniaga kat pasar ramadhan boleh la kut. 

FreeMalaysiaToday melaporkan:
PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge. - FMT
FreeMalaysiaToday juga melaporkan:
Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.
Beta Tegah dan ATES telah berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu berikutan masalah kekangan aliran tunai.

Carian di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012.

Sementara kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. - Ibid.
Kalau ikut keadaan biasa memang tak heran kalau 2 syarikat ni akan melingkup tak lama lagi. Kalau dah sampai tahap akaun bank kena beku nak bisness macamana, takkan semua nak main tunai. Kalau takat berniaga kat pasar ramadhan boleh la kut walaupun realitinya yang berniaga kat pasar ramadhan pun aku yakin ada akaun bank.

Tapi disebabkan 2 syarikat tu syarikat kroni aku tak rasa depa akan melingkup. Syarikat Beta Tegap ada pemegang saham terbesar bernama Rozana Redzuan anak kepada seorang tokoh Umno Johor manakala syarikat ATES ada sangkut paut dengan Omar Mustapha yang cukup rapat dengan Najib Rosmah.

Aku yakin tentu punya 2 syarikat ni takkan melingkup. Apa sangat yang bank boleh buat kalau dapat arahan dari Najib Rosmah contohnya, tentu punya senang-senang bang akan cairkan balik akaun bank yang kena beku tu.

Apa pun, aku nak ucapkan sekali lagi tahniah kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh mnemperjuangkan anti AES ni terutama sekali geng Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berjaya timbulkan bermacam masalah kepada perlaksanaan AES ni terutama sekali yang melibarkan saman mahkamah.

Kejayaan setakat ni walaupun tak berjaya menghapuskan AES tapi menunjukkan kalau usaha bersungguh-sungguh menentang sistem zalim ulahan Umno BN memang akan bagi kesan yang cukup besar. Kalau pun tak berjaya tapi sekurang-kurangnya berjaya menyusahkan kerajaan Umno BN untuk menyusahkan rakyat.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...