Ust Din Ayam jelmaan Khairy Jamaludin dalan PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 27, 2013

Ust Din Ayam jelmaan Khairy Jamaludin dalan PAS?

Takkan melobi sampai tahap nak tukar Presiden kut, tak berapa nak logik la. Jadinya aku rasa laporan TheMalaysianInsider ni mainan pihak lain yang takdak sangkut paut dengan pimpinan tertinggi PAS yang disebut dalam laporan TheMalaysianInsider tu.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Sebelum Pilihan Raya 2013, nama Zaharudin Muhammad, menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum kecuali bagi mereka yang aktif dalam PAS.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.

Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama. - TMI.  
Nampak gayanya pemilihan kepinpinan PAS untuk tahun 2013 ni akan jadi lebih panas berbanding pemilihan 2 tahu lepas.

Walaupun 2 tahun lepas dah cukup panas dengan isu Erdogan vs Ulama' ni tapi nampak gayanya memang ada kemungkinan pemilihan tahun ni akan jadi lebih panas lagi.

Belum apa-apa nampak macam golongan Erdogan dah mula serang melalui akhbar media baru.

Aku taktau betul ka dak tapi persepsinya macam tu. Tambah-tambah TheMalaysianInsider dapat maklumat dari kepimpinan tertinggi PAS sendiri.

TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam PAS untuk menang," kata satu sumber dari kepimpinan tertinggi PAS kepada The Malaysian Insider. - Ibid.
Kalau setakat ahli bawah melobi untuk pemimpin yang depa suka pada aku takdak masalah langsung tapi kalau sampai tahap kepimpinan tertinggi pun beraksi lobi melobi sama pada aku sangat-sangat tak kena. Sangat berlawanan dengan semangat kepimpinan dalam PAS yang aku faham hasil tarbiah haraki.

Kita ditarbiah yang jawatan adalah amanah yang tak sepatutnya diminta, malah sampai tahap kalau ada yang minta jawatan dia sebenarnya dah tak layak untuk dibagi jawatan.

Tambah-tambah memushkilkan aku bila TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Isu Zaharudin ini mengingatkan kita tentang kisah bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang dikatakan dipengaruhi dengan kuat dalam pelbagai perkara oleh menantunya, Khairy Jamaluddin semasa memimpin Malaysia.

Khairy disalahkan oleh pembesar-pembesar Umno yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menjadi punca BN gagal mengekalkan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya 2008 dan kehilangan penguasaan terhadap beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain gagal merampas Kelantan.

Akibatnya, Abdullah terpaksa bersara lebih awal pada 3 April 2009 untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya.

Abdullah kini sudah bersara daripada politik Malaysia akan tetapi Khairy masih bertapak sebagai Ketua Pemuda Umno dan dilantik sebagai menteri belia dan sukan selepas Pilihan Raya 2013.

Pilihan Raya 2013 juga menyaksikan keputusan merosot PAS apabila hanya mendapat 21 kerusi Parlimen berbanding 23 yang mereka perolehi pada 2008. Rakan-rakan PR lain DAP dan PKR masing-masing mendapat 38 dan 30 kerusi pada 5 Mei lalu.

Negeri Kedah yang dikuasai PAS pada 2008 juga tumbang pada 2013 dan kedegilan Abdul Hadi yang tidak mahu menggantikan Tan Sri Azizan Razak dengan nama lain sebagai calon menteri besar negeri jelapang padi itu dikatakan menjadi penyumbang utama kekalahan.

Apakah isu menantu Abdul Hadi ini akan turut menjadi punca kejatuhan Ahli Parlimen Marang itu? - Ibid.
Jauh sangat kut kalau nak samakan kejatuhan PakLah sebab Khairy dengan kejatuhan TG Hj Hadi sebab Ust Din Ayam. Taktauy la pulak kalau pemilihan kali ni Ust Din Ayam nak bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS pulak.

Tapinya takkan sampai macam tu sekali kut puak-puak Erdogan punya kempen kali ni. Takkan sampai tahap nak tukar Presiden kut, tak berapa nak logik la. Jadinya aku rasa laporan TheMalaysianInsider ni mainan pihak lain yang takdak sangkut paut dengan pimpinan tertinggi PAS yang disebut dalam laporan TheMalaysianInsider tu macam Mat Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...