Tobat lahom SPR takkan berani sahut cabaran BERS✔H ni | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 26, 2013

Tobat lahom SPR takkan berani sahut cabaran BERS✔H ni

Sepatutnya SPR sambut baik inisiatif BERS✔H ni dan gunakan Tribunal Rakyat ni untuk mengemukakan bukti dan hujahan depa yang kata kononnya PRU13 berjalan dengan adil dan telus.


Malaysiakini melaporkan:
Gabungan NGO BERSIH mengundang Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menyertai satu tribunal antarabangsa anjurannya untuk meneliti jika berlaku sebarang pelanggaran terhadap norma dan undang-undang dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pengerusi bersama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sewaktu mengumumkan perkara itu dalam sidang media pagi tadi berkata, parti politik dan orang awam juga dijemput menyertai tribunal yang akan berlangsung dari 18 hingga 22 September 2013.

"Pengadilan ini akan meneliti jika ada tindakan semasa pilihan raya itu telah melanggar undang-undang dan piawai antarabangsa dan norma yang menggarisi perjalanan pilihan raya," kata Ambiga. - Mkini
Malaysiakini juga melaporkan:
Pengadilan tersebut akan mengikut piawai dan garis panduan oleh mengenai pilihan raya bersih dan adil yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), katanya.

Ahli jawatankuasa penganjur Pengadilan Rakyat ini, Ivy Josiah berkata mereka akan mengirim notis kepada SPR dan pihak terbabit berhubung undangan tersebut.

"Kami akan memaklumkan dan menjemput mereka kelak beserta notis tempat, masa dan butiran lain," kata Ivy. - Ibid.
Sepatutnya SPR sambut baik inisiatif BERS✔H ni dan gunakan Tribunal Rakyat ni untuk mengemukakan bukti dan hujahan depa yang kata kononnya PRU13 berjalan dengan adil dan telus.

Cumanya tobat lahom la SPR nak berani hadir. Kalau depa hadir dah tentu punya bukti dan hujahan depa senang-senang dipatahkan oleh panel peguam 'rakyat Malaysia'.

Tambah-tambah pulak yang akan mengendalikan tribunal tu bukan calang-calang tokoh.

Malaysiakini juga melaporkan:
Kenyataan BERSIH pula menyebut, tribunal tersebut akan dipengerusikan oleh seorang pakar perlembagaan bagi Program Pembangunan PBB di Nepal, Yash Pal Gai.

Tiga wakil Malaysia yang menganggotainya ialah peguam Datuk Azzat Kamaludin, ahli akademik Dr Mavis Puthucheary serta setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia Dr Herman Shastri.

BERSIH juga menyenaraikan dua anggota panel antarabangsa - bekas timbalan pengerusi suruhanjaya pilihan raya Indonesia Ramlan Surbakti dan presiden kaukus ASEAN berhubung Myanmar Kraisak Choonhavan.

Menurut BERSIH, satu pasukan guaman juga akan mengemukakan bukti di tribunal tersebut bagi mewakili “rakyat Malaysia”, diketuai seorang pengkaji undang-undang Universiti Malaysia Profesor Gurdial Singh Nijar. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...