Apa sebenarnya perkembangan terkini di Mesir? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Julai 06, 2013

Apa sebenarnya perkembangan terkini di Mesir?

Yang jelasnya, dengan penggulingan Mursi oleh tentera,  para demonstrator di Medan Tahrir Mesir memang dapat apa yang depa mau tapi apakah depa akan boleh terima apa yang akan depa dapat dengan rampasan kuasa tentera tu?

Al Jazeera melaporkan:
A tense calm has descended on Egypt following a night of fierce clashes between supporters and opponents of the ousted president Mohamed Morsi.

At least 30 people were killed and more than 1,000 wounded in the violence that erupted on Friday and continued through the night.

A coalition of conservative groups led by Muslim Brotherhood has vowed further demonstrations on Saturday, raising fears of renewed violence.The coalition is demanding the restoration of Morsi as the president. He was ousted three days ago in a military coup. - Al Jazeera.  
Aku pun taktau apa sebenarnya perkembangan terkini di Mesir, semalam aku ralit tengok TV Al Jazeera (English dan Mubasher) sampai subuh. Kumpulan anti-Morsi masih menguasai Dataran Tahrir, berkumpul ramai-ramai kat situ dan Ikhwan Muslimin yang sokong Mursi berhimpun secara besar-besaran di Bulatan Rabi'ah.

Pertempuran yang berlaku pun aku rasa cuma kecil-kecilan. Pun begitu dilaporkan 30 orang dah terkorban setakat ni. Yang jelas nampak memang ada pertembungan di Jambatan Oktober 6th melalui kamera Al-Jazeera yang fokus ke situ. Memang nampak depa 'berperang' saling baling batu dan tembak mercun roket.

AlJazeera juga melaporkan:
Supporters and opponents of ousted Egyptian President Mohamed Morsi have been engaged in running street battles in the centre of Cairo after the pro-Morsi camp staged massive protests in the capital and other places across Egypt.

A crowd of Morsi supporters surged across the 6th October Bridge over the Nile River in Cairo after nightfall on Friday and clashed with opponents of the deposed president.

One man was seen apparently firing a gun, while gunshots could he heard in the area. People were seen throwing rocks as the two sides advanced and retreated in turn on the bridge near Tahrir Square. - Al Jazeera.
Yang aku mushkilnya bila ada yang melaporkan:
1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

6) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.

Sumber: Jurucakap Tentera. - Kedahlanie.
Aku mushkil sumber tu dari jurucakap tentera mana. Kalau nak kata kumpulan penyokong Mursi menang sampai tahap Jeneral As-Sisi terpaksa melarikan diri, tak nampak pun keadaan macam tu sekarang ni.

Realitinya sekarang ni, laporan berita keadaan sebenar di Mesir memang jelas menunjukkan yang orang Islam memang perlu sangat ada satu agensi berita milik orang Islam yang cukup kuat, telus dan boleh dipercayai.

Selagi takdak agensi berita macam tu, selagi itulah kita terpaksa bergantung dengan agensi berita yang dikuasai barat yang tentunya sikit sebanyak akan melaporkan dari kacamata depa yang biasanya berbeza dari kacamata islam.

Yang jelasnya, dengan penggulingan Mursi oleh tentera,  para demonstrator di Medan Tahrir Mesir memang dapat apa yang depa mau tapi apakah depa akan boleh terima apa yang akan depa dapat hasil rampasan kuasa tentera tu?

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...