Aku nak sangat percaya Anwar Ibrahim ada akaun di Israel tu... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 03, 2013

Aku nak sangat percaya Anwar Ibrahim ada akaun di Israel tu...

Aku sebenarnya nak sangat percaya yang Anwar Ibrahim ada akaun sampai banyak tu, termasuk di Israel pulak tu. Masalahnya takdak bukti, macamana nak percaya.

Malaysiakini melaporkan:
Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel. - Mkini.    
Juga dilaporkan:
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Bagi la bukti sikit, kat mana dia jumpa maklumat tu.

KeadilanDaily pulak melaporkan:
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin membidas tuduhan mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun di luar negara.

“Semalam pihak KEADILAN telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu,” kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN itu.

“Hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar mempunyai 20 akaun (bank),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. - KD.
Malaysiakini pula melaporkan:
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.

Menurutnya, dakwaan yang dihamburkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) itu tidak pernah dilaporkan laman WikiLeaks seperti yang didakwa.

Berucap di Parlimen pagi tadi, Anwar turut mencabar Liang sekali lagi untuk bangkit menjelaskan dakwaannya semalam.

"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks.

"Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.

"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman.

"Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah.

"Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.

Liang bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut. - Mkini.
Aku sebenarnya nak sangat percaya yang Anwar Ibrahim ada akaun sampai banyak tu, termasuk di Israel pulak tu. Dan memang aku tak heran kalau betul pun Anwar memang ada akaun sebanyak tu diluar negara pun. Masalahnya takdak bukti, macamana nak percaya.

Dah la kata baca maklumat tu di laman web Wikileaks tapi link pun tak bagi, Lepas tu bila kena tekan balik dengan Anwar Ibrahim tak berani bangun, langsung panggung kepala pun tak berani.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...