Zahid Hamidi tiba-tiba berlembut untuk Himpunan 15 Jun ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Jun 05, 2013

Zahid Hamidi tiba-tiba berlembut untuk Himpunan 15 Jun ni?

Macam yang selalu aku tulis, aku memang agak jahil dalam bab undang-undang ni tapi bila baca seksyen 25, 26 dan 27 tu nampak macam Menteri yang masa ni adalah Zahid Hamidi ada buah akhir, kuasa untuk dia tentukan yang walau seaman mana pun sesuatu perhimpunan tu boleh dianggap sebagai tidak aman.

Malaysiakini melaporkan:
Himpunan Blackout 505 di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini boleh diteruskan jika Akta Perhimpunan Aman 2012 dipatuhi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengadakannya di kawasan yang ditetapkan dalam akta tersebut, maka polis akan membenarkannya. - Mkini
Sebelum tu Malaysiakini ada melaporkan:
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat menyokong pengajuran perhimpunan 'Blackout 505' bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Anwar mengumumkan sokongan Pakatan ke atas penganjuran perhimpunan pada 15 Jun itu dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Anwar berkata sekratariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium. - Mkini.
Kalau tengok ke bunyi kenyataan Zahid Hamidi tu nampak macam dia dah berlembut. Boleh percaya ka dia dah berlembut. Nak tau dia sebenarnya dah berlembut atau sekadar berlakon berlembut, nak kena tengok apa sebenarnya yang ada dalam  Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kalau rajun nak baca apa yang ada dalam akta tu boleh baca kat sini. (Akta 736)

Benda yang patut sangat hangpa tengok adalah seksyen 25, 26 dan 27.



Macam yang selalu aku tulis, aku memang agak jahil dalam bab undang-undang ni tapi bila baca seksyen 25, 26 dan 27 tu nampak macam Menteri yang masa ni adalah Zahid Hamidi ada buah akhir, kuasa untuk dia tentukan yang walau seaman mana pun sesuatu perhimpunan tu boleh dianggap sebagai tidak aman.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...