Mat Sabu bakal bertanding di Bagan Serai? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 10, 2011

Mat Sabu bakal bertanding di Bagan Serai?


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Dis — PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini.
Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.

“Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.

“Ini ekoran sumbangan kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang PKR akan bertanding. Kerusi di Semenanjung akan kekal sama bilangan,” kata beliau lagi. - TMI.
Kalau baca kenyataan Saifuddin ni, nampak gayanya kulaan PAS di Bagan Serai boleh lupakan saja la impian nak tengok calon PAS pulak bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai.
 
Kalau dah 'kekal sama bilangan' maknanya kalau PAS nak jugak kerusi Bagan Serai, PAS kena tukar dengan kerusi lain bagi kat PKR. Takkan kut PKR nak setuju kalau PAS kerusi yang payah nak menang dan takkan pulak ada PAS Kawasan yang sanggup nak bagi kerusi parlien yang depa menang.

Tambah-tambah pulak PRU13 nanti dikatakan sebagai peluang terbaik untuk Umno BN ditumbangkan. Bila Umno BN tumbang mankanya yang akan naik tentu Pakatan Rakyat. Bila dah PR yang naik maknanya yang akan dilantik jadi menteri dan timbalan menteri tentulah dari kalangan ahli parlimen PR.

Jadinya puak-puak pelobi kuasa yang memang ramai dalam PKR takkan nak biarkan kerusi yang dah menang atas tiket PKR tu terlepas tangan pulak.Tambah-tambah pulak di Perak ni, Bagan Serai mungkin jadi satu-satunya kerusi parlimen yang PKR 'gerenti' menang.

Cuma satu ja lagi peluang untuk kulaan di Bagan Serai kalau betul-betul nak calon PAS bertanding kat sana. PKR mungkin boleh akan laluan kalau calon PAS yang akan bertanging kat situ adalah satu nama besar. Bukan setakat nama besar tapi nama yang cukup besar dan hebat macam Mat Sabu.

Kalau la Mat Sabu yang bertanding di kerusi Bagan Serai, kawasan-kawasan sekitar Bagan Serai tentu dapat tempias. Macam kawaasan Parit Buntar mungkin tak perlu sangat tempias tu tapi kawasan macam Dun Changkat Jering, parlimen Nibong Tebal dan parlimen Kulim Bandar Bharu memang memerlukan tempias macam tu.

Kalau ada yang terlupa, kerusi-kerusi tu adalah kerusi yang wakil rakyatnya dari PKR dah bertukar jadi spesis 'katak' melompat keluar dari PKR menjadi kononnya bebas yang bukan bebas dalam arti kata sebenarnya cuma membebaskan diri dari Pakatan Rakyat dan sokong BN sebenarnya.

Dengan adanya satu kerusi yang PKR 'korbankan' aku yakin bang Mat Sabu berupaya meredakan terus  'kemarahan' pengundi PRU12 keatas PKR dan dapat meyakinkan balik depa supaya mengundi calon PR dalam PRU13 nanti.

Apa pun, untuk tukarkan impian kulaan Bagan Serai tu menjadi kenyataan, hangpa kena la betul-betul buat kerja. Hangpa kena gunakan segala ruang dan lubang yang ada. Kena gunakan semua saluran dan kabel yang ada untuk melobi supaya Mat Sabu bertanding di kerusi parlimen Bagan Serai.

Dan yang paling penting sekali jangan berputus asa sampai la 'watikah' untuk calon parlimen Bagan Serai dikeluarkan, selagi watikah belum dikeluarkan selagi itulah peluang masih ada.

[Gambar: PaksuKarim, orang kuat PAS Bagan Serai bawak pelari Mat Sabu naik motor - sumber.)

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...