Anak bapa... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Jun 04, 2011

Anak bapa...


Malaysian Insider melaporkan:
GOMBAK, 4 Jun — Anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa kerja Pemuda PAS pusat menolak dakwaan bahawa beliau menang kelmarin disebabkan pengaruh bapanya dalam parti Islam itu.

Khalil berkata, dakwaan itu tidak benar kerana beliau merasakan perwakilan memilihnya berdasarkan kelayakan yang ada pada dirinya.

“Saya tidak rasa perwakilan akan nilai saya disebabkan bapa saya. Kerana PAS telah diajar agar menyelidik dan melihat calon yang mempunyai kelayakan untuk memegang sesuatu jawatan.

“Jadi saya tak rasa faktor bapa, saya menang,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Insider semalam.

Selain itu, beliau juga berkata, kemenangan beliau merupakan satu kemenangan di luar jangkaan memandangkan beliau sebelum ini tidak disebut sebagai calon pilihan.

“Saya terkejut. (Tetapi) saya akan terima tanggungjawab ini,” katanya.

Khalil yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Marang berkata, setelah dipilih menjadi exco Pemuda PAS pusat, beliau akan bersama-sama Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan dan rakannya yang lain akan mengukuhkan lagi Dewan Pemuda bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan bila-bila masa. - TMI.

Ikut dia la kalau dia nak percaya yang dia diundi pasai kelayakan dia. Mungkin la kut perwakilan ambil kira kelayakan akademik dia yang katanya tengah dok buat Phd. 

Takkan kut dia rasa perwakilan pilih dia pasai prestasi dia sebagai ketua Pemuda PAS Marang?

Tapi, apa pun, aku rasa lebih manis kalau dia jawab macam nada Ust Nik Abduh macam yang dilaporkan Bharian:
ANAK Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Abduh Nik Aziz tidak menolak kemungkinan kemenangannya bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat (DPPP) adalah disebabkan pengaruh bapanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau yang menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan itu dua jam sebelum pencalonan ditutup kerana desakan ahli parti, bagaimanapun tidak menyangka mampu memenangi kerusi nombor dua sayap parti itu.
Nik Mohd Abduh mendapat 260 undi daripada 655 perwakilan, sekali gus mengetepikan penyandang jawatan itu, Azman Shapawi yang mendapat, 94 undi manakala dua lagi pencabarnya masing-masing Mohd Firdaus Jaafar (193 undi) dan Suhaizan Kaiat (107 undi).

“Kawan bersama saya tahu, mungkin sesetengah perwakilan hendak tunjukkan tanda hormat kepada ayahanda saya sebagai Mursyidul Am, mungkin saya dapat undi itu.

“Saya tidak menyangka memenangi jawatan ini, sebenarnya saya tidak mahu bertanding tetapi didesak oleh sahabat untuk berbuat demikian dan saya juga sudah maklumkan kepada saudara Azman sebelum itu untuk bertanding jawatan ini.
Bharian.
Tak la nampak berlagak sangat. Lagi pun, semua orang tau, memang anak pimpinan sikit sebanyak akan dapat tempias pengaruh biasa la tu... Bukannya depa minta doa dilahirkan sebagai anak Tok Guru.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...