Kumpulan Semesta Sdn.Bhd pulak bagi tempoh 48 jam | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 14, 2010

Kumpulan Semesta Sdn.Bhd pulak bagi tempoh 48 jam

Nampaknya kes rasuah pasir di Selangor ni jadi semakin menarik. Sebelum pun MP Kapar umumkan nama yang dia kata perasuah tu dan belum  pun Selcat buat soalsiasat, hari ni Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dah pun ambik tindakan menjawab.


mStar melaporkan:

SHAH ALAM: Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam, bahawa wujud amalan rasuah membabitkan pegawai kanan dalam anak syarikat kerajaan negeri itu.

Pengarah Eksekutifnya Ramli Abd Majed, berkata KSSB, yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir di negeri itu, mahu Manikavasagam menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.

Katanya syarikat itu akan memfailkan saman fitnah terhadap Manikavasagam jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang diberikan.

"Tuduhan kerugian dan salah urus adalah tindakan bagi merosakkan nama baik syarikat," kata Ramli dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya syarikat itu membuat keuntungan dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan yang telus bagi mengekang amalan rasuah dan rela memberi kerjasama penuh kepada agensi yang menyiasat bagi membersihkan semua tuduhan tidak berasas itu.

Ramli berpendapat Manikavasagam perlu meletakkan jawatan dan membayar pampasan kepada KSSB kerana mencemarkan nama baik jika syarikat itu didapati bebas daripada semua dakwaan tersebut. - mStar
Bukan setakat menafikan dakwaan S Manikavasagam tapi syarikat dibawah kerajaan negeri tu siap desak MP tu letak jawatan.

Yang aku tak fahamnya, pasai apa sampai boleh desak letak jawatan. Syarkat tu ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khas untuk menguruskan operasi pasir di negeri tu. Nampak ada sikit 'berbau ikan' kat situ. Takkan depa saja-saja berani nak buat desakan sampai macam tu kalau takdak 'arahan' tau pun 'kebenaran' dari sapa-sapa.

Aku yakin ada berudu tengah menyorok kat mana-mana bersangkut kes ni.    ⊗

Nota kaki makan cekam:  Kalau betui la ada berudu, nampaknya memang la 'industry penternakan berudu' ni satu industry yang besar dan ada di mana-mana.

Jom join pay per click pertama Malaysia
Baca Email dapat cash
Media Pengiklanan Baru
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...