Ulama Tersepit Di Gelanggang Politik - Nakhaie | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 04, 2009

Ulama Tersepit Di Gelanggang Politik - Nakhaie

Datuk Mohd Nakhaie dahulunya dikenali sebagai Ustaz Nakhaie. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan Darul Ulum, Kaherah, Mesir. Beliau pernah bertugas sebagai Penasihat Agama ITM (kini UiTM), Shah Alam tetapi kemudiannya meninggalkan jawatan tersebut. Setahu saya beliau pernah menjadi ahli jawatankuasa Biro Agama UMNO yang diketuai oleh Datuk Wan Abdul Kadir Ismail sebelum menyertai PAS. Beliau juga pernah aktif dalam ABIM dan pernah ditahan beberapa hari di bawah ISA kerana terlibat dalam demonstrasi isu Baling 1974. Beliau menyertai PAS pada akhir tahun 70an dan kemudian meninggalkan PAS pada penghujung 1980an. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS dan menjadi Naib Presiden semasa keluar PAS dan menyertai UMNO.

Jubah dan Serban Ustaz Nakhaie
Setahu saya Ustaz Nakhaie semasa dalam PAS dulu sering memakai jubah, berkopiah merah berlilit putih (serban ala Syeikh Azhar) seperti yang saya sentiasa memakainya. Sebaik sahaja beliau meninggalkan PAS, Ustaz Nakhaie menanggalkan serban Azhar dan sekali-sekala bersongkok hitam tetapi kebiasaannya tiada bersongkok. Sebab itu tidak hairanlah apabila beliau menulis: "Orang politik bersilat mengikut rentak dan gendang politik. Serban dan jubah orang politik tidak melambangkan kelurusan. Perkataan yang diucapkan juga ada maksud yang tersurat dan tersirat." Jadi Ustaz Nakhaie menjadikan apa yang diamal dan dilakukannya selaku seorang ulama sebagai suatu ukuran yang standard terhadap semua ulama, iaitu mereka tidak boleh dipercayai seorang yang lurus dan jujur dalam perkataan dan perbuatannya apabila terlibat dalam gelanggang politik. Oleh kerana yang kerap memakai jubah dan berserban adalah orang-orang PAS, maka apa yang beliau katakan itu boleh dianggap ditujukan kepada ulama-ulama dalam PAS, termasuk saya sendiri.

Pandangan dan fahaman Ustaz Nakhaie mengenai politik semata-mata diukur dengan pendirian politik peribadinya yang dapat ditafsirkan bahawa tindak-tanduk beliau samada di dalam PAS atau ketika berada bersama UMNO sehingga hari ini (walaupun tanpa sebarang jawatan), sentiasa mengikut rentak dan gendang politik untuk mencapai sesuatu kepentingan peribadi beliau. Sebab itu beliau berpendirian bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan politik, beliau mengiktiraf "kaedah tujuan menghalalkan cara" (the end justifies the means) yang diperkenalkan oleh Niccolo Machiavelli sejak abad ke-16 masehi.

Sebenarnya sepanjang beliau berada di dalam PAS lebih sepuluh tahun, saya tidak meragui ketulusan dan kelurusan beliau sebagai seorang pemimpin gerakan Islam (PAS), sekalipun saya tahu beliau pernah menduduki Biro Agama UMNO (saya tidak pasti samada beliau menjadi ahli parti itu). Saya pun tidak pernah mempersoalkan tindakan beliau menyelamatkan diri dari kemungkinan ditahan di bawah ISA ketika Operasi Lalang (1987) memberkas ramai pemimpin-pemimpin politik pembangkang termasuk Haji Mohamad Sabu. Memang sepatutnya seorang pejuang mesti bersedia menghadapi sebarang risiko bersama rakan seperjuangan, tetapi Ustaz Nakhaie memilih jalan yang lebih selamat. Kepada saya tindakan beliau itu masih boleh diterima kerana beliau masih boleh meneruskan perjuangan dari luar negara. Beliau sanggup meninggalkan anak isteri beberapa bulan lamanya sehingga menimbulkan masalah kepada keluarganya. [+- baca sepenuhnyaa]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...