Maruah Islam cuba dihina lagi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 03, 2009

Maruah Islam cuba dihina lagi?


 foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
Aku pun heran Jais ni, awat selalu sangat tindakan depa ni semacam bagi busuk nama Islam ja, tak habih-habih lepas satu-satu.

Sebelum ni pernah riuh cerita masa depa serbu ratu cantik, lepas tu senyap macam tu ja. Kemudian timbui p ulak cerita pasai The Zouk ka The Ship ka, tutup kes jugak. Nampak semacam ada tangan-tangan lain yang saja nak bagi nama Islam busuk.

Tapi kali ni yang paling bangang, bekas mufti yang ada Phd, bekas pensyarah USM , yang dah berpuluh tahun kot mengajar, tiba-tiba ditangkap pasai mengajar takdak tauliah. Pulak tu bila da pi mahkamah, siap tunggu 2 jam lebih, habuk pun tarak.

Lepas tu pulak bila dah heboh satu negara baru terhegeh-hegeh pi nak 'bincang'.
Sesi perbincangan di antara dua pegawai tersebut dengan Mohd Asri termasuk enam peguamnya memakan masa kira-kira 45 minit.
Menurut salah seorang peguamnya, Zulkifli Che Yong, kedua-dua belah pihak bersepakat untuk menukarkan bon jaminan terdahulu iaitu pertuduhan di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, kepada satu perjanjian yang baru di mana Mohd Asri mungkin dipanggil oleh JAIS untuk siasatan lanjut.
"Bila saya periksa dengan dua pegawai JAIS itu, tiada pendakwaan dibuat atau difailkan di mahkamah. Oleh sebab itu pertuduhan terdahulu dibatalkan dan akan digantikan dengan satu perjanjian baru untuk menyiasat Dr.Asri.
"Namun begitu, kami kesal dengan apa yang berlaku," kata Zulkifli yang ditemui di perkarangan mahkamah sejurus berakhirnya perbincangan tersebut.
Dalam pada itu, ditanya bilakah beliau akan disoalsiasat oleh JAIS, Dr Asri berkata:
"Bila-bila saja apabila dihubungi. Tetapi cara saya ditangkap seolah-olah penjenayah besar." [mStar]



 
Salah seorang pegawai JAIS yang hadir ke mahkamah pada tengah hari tadi.
foto The Star

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...