Jaminan itu diberikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memandangkan proses undi pos dijalankan dengan kawalan ketat dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Peti undi pos itu akan kita pateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak iaitu SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding.
"Beg itu dipateri, kalau dibuka. Tandatangan nak dibuka macam mana lagi...Kalau ada masuk benda lain, mesti tahu punya. Tak boleh tipu. Kali ini pergi tengok dan diperhati dengan betul. kemudian anda bagi tahu saya, di mana tempat dia boleh tipu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan wartawan wujudnya syak wasangka dalam proses undi pos.
Justeru itu, beliau berkata wakil parti yang bertanding diminta hadir menyaksikan sendiri proses pengundian itu berlangsung kerana sebelum ini ada wakil yang tidak datang walaupun diundang SPR. <berita penuh di sini>
Aku harap pimpinan dan pakar-pakar dalam PAS tolong cerita macamana cara yang hangpa rasa Umno dok tipu selalu guna undi POS ni? Lagi baik kalau dapat dari sumber bekas ahli Umno yang memang yang tu kerja depa masa dalam Umno dulu, atau pun pegawai askar pencen yang kena incharge undi POS. Cerita biar semua orang tau, biar Umno dah tak boleh guna cara tu.
Justeru itu, beliau berkata wakil parti yang bertanding diminta hadir menyaksikan sendiri proses pengundian itu berlangsung kerana sebelum ini ada wakil yang tidak datang walaupun diundang SPR.