N31 Bagan Pinang : Macamana pulak PAS Terengganu boleh yakin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 15, 2009

N31 Bagan Pinang : Macamana pulak PAS Terengganu boleh yakin

Aku taktau apa yang ada dalam kepala Haji Yahaya Ali bila dia kata PAS Terengganu yakin boleh memenangkan calon PAS di PRK N31 Bagan Pinang ni. Aku langsung tak paham macamana depa boleh kata pengalaman depa maca PRK Kuala Terengganu boleh membantu. Sesuai ka pengalaman PRK Kuala Terengganu dengan PRK Bagan Pnang?

"Kami mempunyai harapan dan keyakinan yang tinggi dapat mengulangi kejayaan PRK Bagan Pinang dengan pengalaman yang kita ada dalam PRK Kuala Terengganu lalu," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan 11 Oktober ini hari mengundi bagi PRK Bagan Pinang sementara penamaan calon pada 3 Oktober.

Katanya, dengan berbekalkan pengalaman yang diperolehi pada PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan pada 17 Januari lalu, PAS mampu memenangi kerusi Dun Bagan Pinang dalam PRK itu nanti.

Aku tak paham, macamana PAS Terengganu boleh yakin tapi Mahfuz nampak sangat tak yakin.
Sekali lagi PAS meletakakan keyakinan tidak mustahil mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang jika menguasai sejumlah besar undi POS.

Yang aku mushkil tu takkan Hj Yahya Ali taktau kut komposisi pengundi di Bagan Pinang tu macamana. Takkan dia ingat pengundi di Kuala Terengganu tu sama macam pengundi kat Bangan Pinang kut.

Aku malas nak 'google' komposisi pengundi masa PRK Kuala Terengganu dulu tapi aku cukup yakin jauh beza dengan yang ada di Bagan Pinang.

Yang jelas sekali, kat Kuala Terengganu mana ada pengund pos sampai dekat 5,000. Aku rasa 500 pun takdak.

Lagi satu mana ada kat Kuala Terengganu pengundi India sampai 19%, takat pengundi cina mungkin kut lebih kurang macam kat Kuala Terengganu.

Jadinya aku tak paham macamana Hj Yahaya boleh kata depa yakin dengan pengalaman depa kat sana. Tap mungkin jugak, la. Aku tak nafikan pasti ada pengalaman PRK Kuala Terengganu yang kurang-kurang pun boleh dijadikan 'sempadan', benda-benda yang tak patut kita buat di Kuala Terengganu jangan kita ulang kat Bagan Pinang nianti.

Tapinya, kalau bab tenaga memang PAS Terengganu hebat sehebat tenaga dari Kelantan, aku penuh yakin memang ramai dari sana yang sanggup berjihat di Bagan Pasir nanti. Lagi satu dari segi DANA, memang dana dari Terengganu sangat-sangat diperlukan masa PRK Bagan Pinang nanti.

Apa-apa pun jangan lupa 'doakan' kejayaan calon PAS di PRK Bagan Pinang nanti, dan memang sapa pun tak boleh nafi, cukup ramai ulama' dalam PAS Terengganu.

Rujukan
  1. PAS yakin ulangi kejayaan PRK Kuala Terengganu
  2. Bagan Pinang: Harapan menang pada undi POS




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...