N31 Bagan Pinang : ISA calon Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 23, 2009

N31 Bagan Pinang : ISA calon Umno?

Umno dan PAS sama-sama dah buat keputusan nak umumkan nama calon pada 29 Sep ni, hari Selasa depan. Umno kalau tak silap aku akan buat Rumah terbukan kat Bagan Pinang sebagai platform untuk umum calon.

PAS pulak aku takdak dengar lagi kot nak buat Rumah Terbuka sama, kemungkinannya PAS akan buat sama macam kat PRK sebelum-sebelum ni, buat Ceramah Umum dengan semua pmpinan utama PR bagi ucapan dan lepas tu Presiden sendri ang akan umumkan nama calon.

Sapa nama calon yang akan dicalonkan kedua-dua pihak, sampai la ni dua-dua parti masih nak berteka teki. Nak tak nak kena tunggu sampai 29 haribulan baru confirm sapa calon.

Di pihak Umno Teluk Kemang, depa sebulat suara mencadangkan satu nama ja, Isa Samad yang juga Ketua Bahagian Teluk Kemang merangkap ketua cawangan Bagan Pinang walaupun Umno dah berkali-kali Umno pusat dan Umno negeri suruh hantar nama lain sama.

Memang dah jadi rahsia yang umum tau, Muhyiddin Yasin dan Mohamad Hasan memang tak berlaga angin dengan Isa Samad. Memang nampak sangat Umno Pusat dan negeri seboleh mungkin takmau Isa Samad jadi calon tapi dalam masa yang sama depa tak berani nak ketepikan nama Isa Samad macam tu ja.

Umno Pusat dan Negeri cukup takut kalau depa bubuh nama orang lain, Umno Bahagian dan Umno Cawangan akan sabotaj PRK ni. Kalau Umno bahagian dan cawangan sabotaj, Umno mungkin dapat malu besar.

Dr. Mahathir pulak terang-terang takmau umno calonkan orang yang tak bersih macam Isa Samad. MStar online melaporkan
Faktor calon yang bersih daripada gejala politik wang dan rasuah menjadi sangat penting di Bagan Pinang malah pada pilihan raya umum akan datang, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau hari ini.

"Bagi saya, bukan sekadar tempat ini sahaja. Soal seluruh Malaysia, orang nak tahu samada kita serius atau pun tidak untuk membasmi gejala politik wang, rasuah dan sebagainya," tambahnya.

Jika Umno mengetengahkan calon yang tidak bersih, beliau berkata parti itu mungkin menang di Bagan Pinang tetapi akan kalah di tempat lain.

Dr Mahathir turut khuatir jika ini diteruskan, parti itu akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13 nanti.[link]

Memang nampak munasabah pendapat Chedet tu dan memang patut Umno ikut 'nasihat' bekas PM tu.

Masalahnya boleh ka Umno cari calon yang betui-betui bersih dalam Umno. Aku tak nafikan mungkin ada ramai yang bersih dalam Umno tapi sesuaiuntuk jadi calon. Pasainya kalau ikut stail mno, nak naik jadi pemimpin memang kena rasuah, kalau tak besar pun kecik-kecik mesti ada. Kalau tak bagi pun kurang-kurang mesti pernah terima. Memang confirm tak bersih.

Macam contoh PRK Permatang Pasir baru ni, memang Rohaizat tu nampak sesuai sangat pada awainya, memang nampak bersih dan takdak cerita pasai politik wang. Tapi masalahnya bisness dia pulak tak ok, tak bersih dan jadi masalah besar kat Umno yang akhirnya Umno kalah besar di Permatang Pasir.

Lagi satu masalahnya, mampu ka Umno nak singkirkan Isa Samad. Memang kalau Umno bubuh calon lain, isu rasuah Isa Samad mungkin tak berapa nak bagi kesan sangat, tapi akan timbui masalah lain pulak. Mesti ada punya sabotaj dari kalangan dalam Umno tempatan, silap-silap boleh kalah calon Umno.

Apa-apa pun, aku yakin, akhirnya Umno pusat akan putuskan letak nama lain. Isa Samad tak boleh buat apa-apa pasai keputusan akhir terletak di tangan Presiden Umno. Memang orang-orang Isa Samad boleh buat sabotaj tapi aku rasa tak tara mana.



Aku yakin macam tu pasainya Umno ni pegang satu mazhab lain dari yang lain, depa ni pegang mazhab Kepala Agung. Tak susah mana nak selesai masalah dalam Umno ni, bila kertas-kertas yang bercorak 'kepala agong' turun dalam poket dept orang-orang yang bermasalah dengan kadar yang mencukupi, apa pun masalah boleh selesai.

Ditambah sikit lagi dengan janji dan ugutan sebagai perasa tambahan, semuanya akan jadi sperti sediakala, macam tak pernah jadi apa-apa.

Dan akhirnya Presiden Umno akan buat pengumuman nama calon dengan penuh yakin.



Calon bersih, politik wang, rasuah penting untuk Bagan Pinang





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...