Krisis MB Nizar vs Zambry : Zambry jawab YDP PAS Pt Buntar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 21, 2009

Krisis MB Nizar vs Zambry : Zambry jawab YDP PAS Pt Buntar

Semalam pasai tak ramai yang update blog, mungkn mash sibuk berhariraya dengan keluarga, aku pun saja ronda-ronda di alam maya, terjumpak laa blog rasmi Dr. Zambry, MB perampas puasa yang disokong hakim berat sebelah.

Dah takdak apa yang menarik nak di baca aku pun 'scan' laa blog dia, kut-kut ada benda 'menarik'. Rupa-rupanya memang ada entry dia yang berjaya menarik perhatian aku bila ku aku terpandang perenggan
Saya tertarik dengan kenyataan Yang diPertua PAS Parit Buntar (Sinar Harian, 27 Julai, 2009)yang meminta saya mengotakan janji supaya masjid tidak dijadikan gelanggang politik. Saya ucapkan terima kasih kepada en Harun Salleh yang membangkitkan perkara ini. Katanya lagi kalau saya ikhlas jangan minta UMNO campurtangan untuk menentukan AJK Masjid.[link]

Aku tak pasti sama ada dia main belasah suka-suka tulis nama YDP tempat aku ikut suka dia atau memang wartawan Sinar tu yang bangang nama YDP PAS pun dia tulis tak betui. Sebenarnya bukan Harun Salleh tapi Hj Harun Hashim.

Entah bila kenyataan Hj Harun ni keluar Sinar aku pun taktau pasai aku memang jarang sangat baca sinar ni pasai aku memang dah lama tak beli suratkhabar, kut-kut terjumpa masa minum kat gerai baru aku baca.

Tulisan tu berkaitan isu perlantikan AJK masjid. Apa sebenarnya yang PAS perjuangkan berkenaan isu perlantikan AJK Masjid ni adalah supaya kuasa melantik AJK Masjid ni dipulangkan balik kepada ahli jemaah masjid.

PAS tak setuju bila perlantikan dibuat oleh Majlis Agama Islam, bukan melalui mesyuarat Agung anak kariah masjid. Yang lagi buat PAS tak setuju bila senarai AJK masjid perlu dapat 'kelulusan' Umno sebelum dihantar kepada Sultan untuk disahkan.

Kerap sangat berlaku nama orang yang jarang sangat pi masjid kecuali masa sembahyang Jumaat, tiba-tiba dilantik jadi AJK masjid. Bila disiasat rupa-rupanya orang tu adalah orang kuat Umno cawangan.

Bab isu perlantikan AJK Masjid ni aku paling tak puas hati kat kerajaan PR Kerak masa berkuasa sebelum KUDETA dulu. PAS gagal menggunakan kuasa yang ada melalui Pakatan Rakyat untuk selsaikan masalah perlantikan AJK masjid ni.

Walaupun depa boleh bagi mermacam-macam alasan, pada aku PAS gagal walaupun sebenarnya PAS mampu berkemampuan dari segi 'kuasa'. Dalam bab ni aku bukan takat menyalahkan Hj Zainuddin Exco Agama masa tu, tapi aku menyalahkan semua pimpinan PAS di setiap peringkat yang tak cukup bersungguh-sungguh nak selesaikan isu ni.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...