Tadi masa minun kat kedai mamak aku sempat la jugak 'berusrah' berkenaan isu ni. Pada aku DPPP langsung tak salah dalam hal ni. Depa cuma 'acting' sebagai pemuda. Biasa la kalau pemuda dilihat 'gopoh' dan sikit 'kurang ajar'. Itu memang sifat biasa kepemudaan.
Di pihak Ust Azizan pulak aku tengok ada sikit ego. Mempersoal siapa pemuda nak mengarah kerajaan negeri Kedah. Memang biasa bagi 'orang tua' akan rasa tercabar bila 'orang muda' dilihat berlagak nak mengajar. Frasa "aku lagi dulu makan garam" memang cukup popular dalam situasi macam tu.
Setpol Ust Azizan menyalahkan wartawan yang silap menggunakan istilah. Dia mempertahankan statement Ust Azizah macam tu pasai wartawan guna istilah 'pekeliling'. Memang la DPPP takdak 'local standi' untuk keluarkan 'pekeliling' untuk kerajaan negeri.
Istilah ‘pekeliling’ ini yang mengundang jawapan daripada MB bahawa DPPP tiada local standi untuk mengeluarkan apa-apa pekeliling kepada kerajaan negeri. Pekeliling biasanya hanya dikeluarkan oleh KSU Kementerian, JPA dan Setiausaha Kerajaan. Hari ini apabila akhbar menulis tentang ‘kertas cadangan’ (bukan pekeliling) daripada DPPP, barulah terang isu local standi dan ‘hak’ DPPP ke atas kerajaan negeri sebenarnya tidak timbul.
Pada aku bagus la Setpol MB dah menjawab isu ni, cumanya nampak macam masih nak meneruskan stail 'ego' bila dia tulis gunakan tajuk
Isu arak : Cadangan DPPP Mesti Lebih Kemas Daripada Peraturan Sedia Ada.dan dia tambah lagi dengan tulis
Jika DPPP ada pandangan lain untuk melaksanakan tuntutan Islam dalam isu ini , sila kemukakan dengan cara yang betul, bukan dengan membuat sidang akhbar sahaja. Ini penegasan MB semalam.
Apa pun, aku cukup setuju dengan buah penutup dia
Harapan saya ialah supaya langkah awal DPPP dalam isu ini, walaupun bermula dengan sedikit ‘panas’, akan membuahkan hasil yang mampu membuka jalan keluar yang terang-benderang.
Kesan yang kita mahukan ialah kerajaan mampu menyelamatkan rakyat dari terus terjerumus dalam dosa dan kesan buruk arak selaras dengan tuntutan Allah s.w.t.
Rujukan