Sidang DUN Pokok Ketapang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 03, 2009

Sidang DUN Pokok Ketapang

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tah apa lagi benda pelik yang akan terjadi di Perak, negeri ku yang tercinta ni. Dalam masa sebulan ni macam-macam dah 'kejadian yang pertama' berlaku. Benda-benda yang tak pernah kita dengar sebelum ni. Bukan takat tak pernah dengar tapi mungkin tak pernah terfikir akan berlaku.

Semuanya bermula dengan tindakan 3 ekor katak yang CELAKA, melompat sesuka hati sendiri tanpa prinsip. Kemudian babak 'berebut' mengadap sultan. Tak lama lepas tu jadi pulak 'rusuhan' di depan istana masa angkat sumpah MB dan exco KUDETA selepas solat Jumaat.

Lepas bermula kejadian aneh sedunia, MB dan Exco digantung dari sidang DUN yang kemudiannya diikuti dengan babak 'berebut' file saman di mahkamah. Lepas tu Speaker umumkan sidang DUN akan berjalan seperti dijadualkan pada bulan April. Tiba-tiba pulak speaker hantar notis untuk Sidang Tergempar DUN Perak pada 3/3/09 (hari ni).

Penasihat Undang-undang Negeri pula mengatakan sidang DUN tidak boleh diadakan tanpa persetujuan sultan. Beliau menasihatkan Setiusaha Dewan supaya tidak menghantar notis memanggil Sidang DUN kepada semua ADUN.

Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri tak menghantar notis kepada semua ADUN sebaliknya mengatakan sidang DUN tergempar TIDAK SAH tanpa persetujuan sultan. Sama seperti kehendak Penasihat Undang-undang. Kenyataan beliau dibuat di Kuala Lumpur, bukan di pejabat atau rumah beliau di Ipoh.

Kejadian hari ni paling hebat setakat ni. Untuk gagalkan sidang khas tu, sejak semalam lagi FRU dah kepung Bangunan SUK. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, pun dah keluarkan larangan berhimpun di sekitar bangunan SUK.

Sebelum tu YB S Sivakumar pun keluarkan kenyataan 'pelik'. Ketua polis Perak boleh dihukum perjara 7 tahun jika halang sidang DUN. Setiausaha DUN pula dipecat berkuatkuasa serta merta dan diganti oleh Ust Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik MB Hj Nizar.

Pagi ni memang dah siap tunggu 'Kepala Merah' depan pintu pagar dengan tah berapa ramai anggota. Misinya hanya satu, nak menjalankan 'arahan'. Memang sudah barang tentu rombongan MB Hj Nizar tak akan berjaya masuk.

Akhir sekali, plan back-up perlu dilaksanakan dan kesudahannya Sidang DUN diadakan di bawah pokok di tempat letak kereta dengan usul undi percaya kepada Hj Nizar sebagai MB dan juga usul membubarkan DUN diluluskan sebulat suara. Juga dibentangkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan. Sidang ditangguhkan selepas 25 minit bersidang.

Dilapurkan, ssaha sedang giat dijalankan untuk mengenalpasti jumlah tangkapan yang sedang dibuat.

Rekod terulung setakat ini, SIDANG DUN POKOK CERI KETAPANG
(03/03/09 - 11.30AM - Cenangau melapurkan dari Parit Buntar)

Untuk update terkini boleh baca di Al-Banjari Online,
Untuk rentetan peristiwa boleh baca di Cacamerba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...