Debat Melayu vs Rawa vs Batak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 08, 2008

Debat Melayu vs Rawa vs Batak

Dr. Mujahid mengaku melayu keturunan Rawa , Dato' Tajuddin bangga dengan melayu dia, Ust Hafiz Teras pulak kata dia keturunan Batak. Mungkin majoriti penonton keturunan Banjar kut.

Pada aku majlis malam tu tak patut panggil debat. Nak panggil forum pun kurang tepat tapi kira duduk kat tengah². (Kena ada istilah lain, debat+forum = derum?

Biasanya kalau debat mesti berbalas hujjah, mesti ada sessi untuk mematahkan hujjah lawan. Tapi perjalan program malam tu lebih kepada forum, Yang bezanya cuma kalau forum biasanya ahli panel tak 'belasah' ahli panel lain.

Satu lagi kalau debat aku tak pernah dengar pulak masa berlebih². Kalau ikut timeframe patutnya program tu habih paling awai pun pukui 11.30, kalau tak silap fakta yang aku dapat dari perawi saheh yang dengar taklimat dari PTA sebelum program.

Katanya loceng akan berbunyi kalau masa dah cukup tapi aku langsung tak dengar loceng berbunyi. Takkan kut depa tak cukup fakta nak dihujjahkan, belum pukui 11 dah tammat

Ada 3 pusingan dengan tiga soalan yang sama untuk setiap ahli panel. Soalan pertama pasai berjaya atau gagal DEB, yang kedua dan ketiga aku pun takdapat tangkap apa soalan.

Nak buat macam mana, aku ni boleh kira jenih yang popular laa jugak kut pasai ramai yang sibuk nak ajak aku bersembang, tambah pulak jenih naga, mana boleh duduk kat dalam dewan, ada aircond takkan nak berasap kat dalam tu.

Bukan takat orang politik, SB pun sibuk tanya macam² ajak sembang. Jadinya aku lebih banyak tak dengar dari dengar,  nak buat penilaian pun aku rasa tak berapa nak layak.

Setakat yang aku dengar dari segi hujjah memang dapat kat Dr. Mujahid. Kalau dari segi emosi dapat kat Dato' Tajudin, Naib Presiden Teras tu lebih kepada nasi tambah ja laa.

Tapi aku kesian kat PTA, bila penonton kat luar dewan mula boo masa Dato' Tajudin berucap pusingan kedua, muka dia memang jelas nampak risau. Ada 2 3 kali jugak laa depa boo. Kalau aku jadi dia pun risau, pasai kalau apa² terjadi memang teruk laa dia kena.

Nak marah kat penonton yang boo pun tak patut jugak pasai ada antara hujjah  Dato' Tajuddin tu pada aku memang lemah sangat. Ada ka patut dia bagi contoh ramai orang melayu kontraktor kelas A nak menunjukkan DEB berjaya. Boleh terima ka?

Tapi kalau betui aku yang jadi PTA aku tak risau kut, pasai saheh aku tak buat program macam tu punya. Saja gatai nak cari masalah buat apa. Pasai tu aku cukup respek kat PTA Parit Buntar ni pasai berani. Berani buat satu benda yang orang lain tak pernah buat. Pulak tu benda yang risiko benda tak elok berlaku memang tinggi.

Pujian pun patut aku bagi kat Dato' pasai berani. Berani sambut cabaran untuk berdebat walaupun dalam keadaan takdak hujjah yang cukup kuat. Berani walaupun hanya berbekalkan hujjah² yang Umnoi dah guna sejak zaman berzaman.

Moga² program malam tu boleh jadi titik mula untuk kita meningkatkan budaya berdebat dalam masyarakat. Pada aku kalau program malam tu boleh dijadikan ukuran, majoriti masyarakat melayu sebenarnya dah cukup matang untuk menerima budaya debat ni. Walaupun cukup tak puas hati dengan hujjah ahli panel depa setakat boo saja, takdak bangku yang terbang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...