Satu kupasan yang menarik | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 22, 2008

Satu kupasan yang menarik

Satu kupasan yang menarik bagi aku. Input-input yang macamm ni yang tak banyak aku dapat dari pimpinan, yang masih aku tunggu. Kupasan ni aku cilok dari komen Izwan kat entri blog Ust Nik Abduh


Assalamualaikum,

Satu kupasan yang menarik dan saya setuju benar dengan keputusan dan tindakan PAS untuk membuka sayap Dewan Orang Bukan Islam yang baru dalam keahliannya. Memang satu langkah yang bijak, bukan sahaja dapat menarik minat orang-orang bukan Islam tetapi pada masa yang sama memberi peluang kepada ahli-ahli PAS untuk mendapat pengalaman bekerja bersama-sama bukan Muslim.

Tetapi saya kira, sudah tiba masanya, PAS mengubah pendekatan daripada menjadi pembangkang yang berjaya kepada negarawan yang berjaya, sekiranya mahu mentadbir Malaysia. Negarawan yang berjaya di sini saya maksudkan sebagai mereka yang hebat dalam merangka polisi-polisi negara, merangka belanjawan, membuka pelaburan-pelaburan baru, dan sebagainya. Banyak bezanya antara, hanya membangkang sahaja dengan menjadi pentadbir atau “policy-maker”, “decision-maker”.

Dan juga sistem penyebaran maklumat dan pembentukan imej PAS perlu di naik-taraf daripada keadaan sekarang. Jika mengikut situasi semasa, mungkin boleh diambil teladan daripada kejayaan Barack Obama dan pasukannya dalam membentuk imej beliau dan parti demokrat yang lebih diterima masyarakat. Serta kehebatan team beliau menggunakan hampir semua kemudahan yang ada dalam penyebaran maklumat, baik untuk mereka yang di bandar mahupun di luar bandar serta di luar US sendiri. PAS masih ketinggalan dalam hal ini. Akhbar harakah, harakah online dan website PAS sendiri masih belum menyengat untuk mereka-mereka yang bukan ahli PAS. Perbincangan di dalam harakah sendiri masih belum matang, hanya sekadar bermain-main dengan isu-isu semasa, dan masih tiada jalan penyelesaian yang disediakan kepada setiap isu atau masalah yang timbul.

Daripada segi kepimpinan, PAS masih dilihat oleh orang awam yang bukan ahli, sebagai tiada mempunyai individu yang boleh diterima dengan senang hati oleh semua lapisan masyarakat. Jika ada pun, hanya terkenal di kalangan ahli-ahli PAS sahaja dan tidak ditonjolkan sebagai pemimpin untuk seluruh rakyat Malaysia dengan sebaiknya. Ini yang perlu diusahakan, melahirkan pemimpin yang serba-bidang dan berimej yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia baik Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jika sekarang ini ditanya kepada majoriti rakyat Malaysia, siapa yang boleh menjadi PM daripada ahli PAS, mungkin hanya nama TG Nik Aziz sahaja yang akan terkeluar, mana lagi yang lain? Ya memang tidak dapat dinafikan kepada mereka yg merupakan ahli PAS sudah pasti Presiden merupakan calon yang terbaik, tetapi realitinya bukan di mata orang bukan ahli. Jadi siapa lagi yang PAS ada sebagai calon PM?

Masalah ekonomi kini melanda, tetapi mengapa masih tiada “Plan Ekonomi” yang lebih efisyen dikeluarkan oleh PAS? Mengapa?

Persoalan-persoalan sebegini yang perlu dibedah dan dititik beratkan dalam menjayakan perjuangan PAS.

Izwan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...