Aku bukan nak ulas pasai soalan dari moderator-moderator tu. Yang menarik minat aku adalah soalan BANGANG dari seorang ahli parti Bersatu macam video kat bawah ni.
Kemarin ada satu program Hardtalk bersama Dr. Mahathir dan Hj Husam anjuran Persatuan Masyarakat Penyayang Selangor yang sangat menarik.
Banyak soalan-soalan yang berat dan kontroversi yang ditanya oleh para moderator kepada Dr. Mahathir dan Husam
Bukan saja ahli panel 2 orang tu hebat, para moderator (penanya soalan) pun hebat juga iaitu Dr. Mazlee dari UIA, Dr. Wong Chin Huat dari Penang Institute dan Dr. Syed Azman dan 'PAS'.
Melihat kepada para moderator tu memang tak hairan la soalan-soalan yang dikemukakan pun hebat dan kontroversi jugak.
Aku bukan nak ulas pasai soalan dari moderator-moderator tu. Kalau nak dengar boleh tengok sendiri video penuh di page GHB MediaTV (link).
Yang menarik minat aku adalah soalan BANGANG dari seorang ahli parti Bersatu macam video kat bawah ni.
Pada aku soalan tu memang BANGANG dan memalukan ahli Bersatu seluruh Malaysia. Kalau nak tanya soalan macam tu pun tak payah la tanya di program umum macam tu, siap ada LIVE pulak tu.
Apa pun jawapan dari Dr. Mahathir untuk soalan tu memang sesuai untuk soalan yang BANGANG macam tu. Malah penonton pun bagi tepukan gemuruh untuk jawapan Dr. Mahathir tu.
"Yang merosakkan Umno ialah kerana ahli-ahli Umno bertanya kepada pemimpin, kami berjuang begini lama kami dapat apa..."
Kesimpulannya Dr. Mahathir nak bagitau kepada ahli Bersatu, jangan jadi macam ahli Umno dan jangan bawa budaya Umno masuk Bersatu atau senang fahamnya jangan hidupkan budaya RASUAH POLITIK dalam Bersatu.
Kredit video: GHB MediaTV
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis