Sketsa RUU355: Siapa yang untung dan siapa yang rugi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 07, 2017

Sketsa RUU355: Siapa yang untung dan siapa yang rugi...

Orang PAS cuma nak usul tu berjaya dibentang sebab sangat terkesan dengan momokan "dikencing oleh Umno" selepas Hj Hadi dua kali menangguhkannya yang dituduh sebagai mengikut skrip Umno.

AstroAwani melaporkan:
Perbahasan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 ditangguhkan ke sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

Keputusan itu dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dengan menggunakan kuasanya sebagai Speaker Dewan Rakyat sesudah Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan menyampaikan usul menyokong pindaan akta tersebut.

"Memetik kata seorang pemimpin Sabah iaitu 'when you are in power, you are powerful. But if you don't use your power, you are bloody fool.' Hari ini saya tidak mahu jadi 'bloody fool' (kerana tidak menggunakan kuasa)," katanya. - AstroAwani.
Dengan aksi 'bloody fool' speaker tu sketsa RUU355 di parlimen pun berakhir untuk sessi sidang parlimen kali ini.

Tentunya selepas ni takkan ada lagi sidang parlimen kerana Najib tentu akan bubar parlimen untuk PRU14 sebelum sidang seterusnya yang dijadualkan pada 24 Julai depan.

Kalau tanya orang PAS tentu depa akan kata depa yang menang dalam 'sketsa RUU355' ni walaupun sebenarnya Marang cuma berjaya bentang usul tu, bukan kata diluluskan, dibahaskan pun belum.

Orang PAS cuma nak usul tu berjaya dibentang sebab sangat terkesan dengan momokan "dikencing oleh Umno" selepas Hj Hadi dua kali menangguhkannya yang dituduh sebagai mengikut skrip Umno. Malangnya depa tetap tak nampak walaupun kali skripnya lebih jelas lagi karangan Umno.

Dari segi untung rugi, aku tak nampak langsung 'sketsa RU355' ni menguntungkan PAS. Yang ada pun mungkin cuma ahli dan penyokong tegar PAS akan lebih teguh dengan PAS.

Kalau pun mungkin ada pertambahan seorang dua ahli dan penyokong Umnoyang beralih menyokong PAS sebab 'kesungguhan' PAS kononnya nak memperkasakan Mahkamah Syariah, sangat tidak berbaloi berbanding kehilangan sokongan dari kalangan pengundi bukan Islam.

Yang untungnya dari 'sketsa RUU3455' ni tentulah Umno BN. RUU355 cuma umpan Umno BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyat telah pun pecah dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sketsa hari terakhir sidang parlimen semalam cuma usaha Umno BN untuk pastikan BN tidak turut dilihat berpecah.

Sebab tu speaker cuma benarkan usul tu dibentang oleh Marang dan disokong oleh ahli parlimen PAS dari Kota Bharu.

Kalau dibenarkan berbahas tentu ahli parlimen BN yang bukan Islam dari MCA, MIC Gerakan dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak akan menentang usul Marang tu demi untuk menjaga undi mereka.

Yang ruginya adalah pembangkang yang telah berpecah. Perpecahan yang hampir mustahhil untuk bersatu semula, sekurang-kurangnya untuk PRU14.

Kalau parti-parti pembangkang bersatu teguh 'satu lawan satu' dengan BN peluang untuk menunbangkan Umno BN dalam PRU14 akan datang sangat-sangat cerah.

Selain dari itu, yang lebih aku sedih dan yang lebih jelas ruginya adalah Islam.

Dengan 'sketsa RUU355' ni orang bukan Islam kembali jauh dari islam malah lebih jauh dari sebelum ni. Bukan setakat orang bukan Islam sudah tidak percaya kepada PAS malah kepada 'tok lebai' pun orang bukan islam dah tak percaya.

Kalau PAS biarkan Umno yang bawa, pindaan Akta355 tentu akan mudah diluluskan macam pindaan-pindaan sebelum ini dan juga pindaan-pindaan akta lain dalam sidang kali ini dan sidang-sidang sebelum ini.

Tentu Mahkamah Syariah berjaya diperkasakan malah lebih perkasa dari yang PAS mahukan iaitu seqadar memperkasakan hukuman yang Hj Hadi.

Kalau setakat nak bagi "mereka (anggota parlimen bukan Islam) ada peluang mendengar" macam kata Ustaz Nashruddin Tantawi dan "menerangkan kepada ahli parlimen bukan Islam" macam kata YB Ustaz Idris Ahmad banyak lagi mekanisma lain yang PAS boleh guna tanpa merosakkan nama baik Islam dengan bekerjasama dengan Umno.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...