Jawapan mudah Rafizi tangkis RPK yang tuduh terima jutaan ringgit dari John Soh | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, April 11, 2017

Jawapan mudah Rafizi tangkis RPK yang tuduh terima jutaan ringgit dari John Soh

Sangat tidak logik kalau instrumen kerajaan macam SPRM dan Bank Negara terutama sekali selepas dapat ketua yang baru yang dilihat 'cukup mesra Najib' tak siasat hal kewangan Rafizi. Kalau betul Rafizi ada terima dana dari John Soh takkan SPRM atau Bank Negara tak boleh jumpa.

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Rafizi Ramli juga terima jutaan dana politik?" melaporkan:
MAJLIS Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) bersama-sama dengan Pertubuhan Profesional Muslim Malaysia (Profesional) meminta Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiasat akaun proksi yang melibatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa menerima dana politik bernilai jutaan ringgit.

Ketua Eksekutif Makpen, Mohd Zai Mustafa tidak menyangka Rafizi Ramli serta beberapa nama lain juga didakwa terlibat menerima dana politik yang bernilai jutaan ringgit yang disalurkan oleh John Chee Wen sebagaimana yang ditulis Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan oleh portal Malaysia Today pada 8 April 2017 kelmarin. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
"Kita minta Rafizi dan nama-nama yang disiarkan itu membuktikan mereka bebas daripada dakwaan tersebut. Dakwaan ini dilihat semacam ada benarnya melihatkan kepada pergerakkan dan gaya politik mereka yang mewah serta kelihatan mempunyai dana yang besar membiayai di belakangnya.

"Daripada mana mereka memperoleh wang yang banyak tersebut? Adakah mereka juga mempunyai taikun yang menyalurkan dana untuk kegiatan politik? Adakah mereka juga mempunyai tuan politik?" soalnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, jika sekadar gaji dan alaun ahli parlimen sebanyak RM16,000 sebulan, mereka sangat terbatas untuk mengerakkan gerak kerja politik yang kelihatan sangat banyak menggunakan dana yang besar.
- Ibid.
Untuk menjawab tuduhan temberang Raja Petra Kamaruddin yang kemudiannya direndangkan lagi oleh banyak pihak termasuk oleh Harakah tu, Rafizi tulis panjang lebar dalam status facebook dia.

Status tu jadi panjang lebar sebab Rafizi mengaitkan 1MDB dengan RUU355 dan juga peranan RPK yang keseluruhannya adalah strategi Najib untuk kekal berkuasa.

Untuk jawab tuduhan temberang RPK yang kata Rafizi terima RM20juta dari John Soh Chee Wen tu Rafizi secara mudah senaraikan 3 perkara:
1. Jika saya menerima dana itu, saya telah lama ditangkap oleh polis dan SPRM kerana ada bukti saya menerima rasuah

2. Harta saya diisytiharkan secara telus setiap tahun yang menunjukkan simpanan saya semakin sedikit. Harta saya tidak pernah mencecah RM20 juta seperti yang difitnahkan oleh Raja Petra

3. Saya akan membuat akuan berkanun minggu ini menafikan pernah menerima apa-apa wang dari sesiapa seperti yang dituduh oleh Raja Petra. Jika penafian melalui akuan berkanun itu tidak benar, pihak berkuasa boleh menahan saya serta merta dan didakwa kerana melanggar Akta Akuan Berkanun - Ibid.
Jadinya tak sepatutnya timbul lagi gesaan Makpen dan Profesional tu sebab Rafizi dah pun buat peristiharan harta secara Akuan Berkanun yang turut lampirkan penyata akaun simpanan dia di CIMB dan Tabung Haji.

Lagi satu, Rafizi adalah antara pemimpin pembangkang yang paling vokal terutama sekali bab mendedahkan penyelewengan kerajaan yang memang menyesakkan Najib.

Sangat tidak logik kalau instrumen kerajaan macam SPRM dan Bank Negara terutama sekali selepas dapat ketua yang baru yang dilihat 'mesra Najib' tak siasat hal kewangan Rafizi. Kalau betul Rafizi ada terima dana dari John Soh takkan SPRM atau Bank Negara tak boleh jumpa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...