Persempadanan semula SPR: Takkan sampai macam tu punya teruk Pakatan Harapan sekarang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 03, 2016

Persempadanan semula SPR: Takkan sampai macam tu punya teruk Pakatan Harapan sekarang?

Lagi satu yang aku mushkilnya, takkan Mat Sabu pun sama macam Wan Azizah dan Guan Eng, bangsat sangat, sampai nampak macam langsung tak buat apa-apa untuk pastikan Majlis Presiden Pakatan Harapan segera bermesyuarat?

Malaysiakini dalam berita bertajuk  "AMANAH mahu HARAPAN bertindak segera tangani pelan SPR" melaporkan :
Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Dr Dzulkefly Ahmad mahu Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) segera mengadakan dan menyokong pelan tindakan bersepadu untuk membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Katanya apa yang perlu dilakukan secepat mungkin ketika ini ialah Majlis Presiden HARAPAN memanggil mesyuarat dan meluluskan pelan tindakan yang sudah disediakan sekretarian HARAPAN. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Dalam kenyataan dikeluarkannya hari ini Dzulkefly berkata dengan cabaran besar menanti, pemimpin HARAPAN tidak ada pilihan kecuali segera bermesyuarat selepas anggota sekretariat gabungan pembangkang itu bersetuju terdapat beberapa tindakan konkrit yang perlu dilaksanakan.

"Walaupun amat memahami kebimbangan yang menjadi asas veteran DAP Lim Kit Siang menyarankan pilihan raya mengejut di Selangor, AMANAH juga bersetuju dengan pendirian Datuk Seri Azmin Ali yang mentadbir negeri itu bahawa kepentingan rakyat Selangor mesti diutamakan," katanya. - Ibid.
Takkan Pakatan Harapan teruk sangat sekarang ni sampai tahap nak buat Mesyuarat Majlis Presiden untuk isu yang cukup besar dan penting macam ni pun payah sangat.

Juga dilaporkan:
Menurut Dzulkefly perbezaan pendapat antara Lim dan Azmin mesti diketepikan kerana mereka berada di pihak yang sama. - Ibid.
Nampak sangat masing-masing keras kepala, masing-masing nak tunjuk hebat padahal bangang.

Bangangnya Lim Kit Siang dan DAP bila cadangkan Selangor buat pilihanraya negeri mengejut tanpa persetujuan Azmin dan PKR, padahal 'kuasa' untuk membubarkan Dun ada di tangan Azmin sebagai menteri besar Selangor.

Bangangnya Azmin bila bagi alasan bangang untuk tolak cadangan Kit Siang dan DAP tu.

Bernama pada 22 September melaporkan:
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pihaknya tidak boleh mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

"Tidak perlu (pilihan raya mengejut) sebab mandat yang diberi rakyat Selangor pada 2013 adalah amat besar, dan mandat itu diberi untuk tempoh lima tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Agensi-agensi Kerajaan Negeri di sini, hari ini. - Bernama.
Sangat BANGANG bila Azmin gunakan alasan mandat PRU2013 untuk lima tahun. Sebabnya kalau Najib bubarkan parlimen awal tahun depan takkan Azmin berani untuk tak bubarkan Dun Selangor walaupun 'mandat lima tahun' adalam pada tahun 2018.

Untuk isu besar macam ni yang boleh mengakibatkan Pakatan Harapan kalah teruk dalam PRU14 sepatutnya Majlis Presiden Pakatan Harapan sejak dari awal sudah duduk semeja, bincangkan strategi bersama macamana untuk bertindak menagnaninya.

Kalaupun betul tak banyak yang boleh dibuat untuk halan persempadanan semula tu tapi tentu ada yang boleh dibuat supaya Pakatan Harapan dapat ambil semaksima mungkin 'political milage' dari tindakan CELAKA oleh SPR ni.

Lagi satu yang aku mushkilnya, takkan Mat Sabu pun sama macam Wan Azizah dan Guan Eng, nampak bangsat sangat sampai langsung tak boleh buat apa-apa untuk pastikan Majlis Presiden Pakatan Harapan segera bermesyuarat?

Malaysiakini juga melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya di semua negeri - kecuali Sarawak - menjelang pilihan raya umum ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Secara keseluruhan 128 daripada 222 kawasan parlimen sedia ada akan terlibat dengan persempadanan semula itu. Tiga negeri yang paling banyak mengalami perubahan ialah Johor (21 kawasan pilihan raya), Selangor (18) dan Perak (17).

Dua belas kerusi parlimen dan 36 kerusi DUN akan bertukar nama. Antaranya Petaling Jaya Utara menjadi Damansara dan Bagan Datok menjadi Bagan Datoh.

Sarawak terkecuali daripada pelaksanaan kali ini kerana negeri itu sudah melakukannya pada tahun lalu.

Mengikut perlembagaan, hanya tiga kumpulan yang berhak mengemukakan bantahan terhadap cadangan SPR iaitu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan yang melibatkan sekurang-kurangnya 100 pengundi berdaftar.

Bagaimanapun bantahan itu hanya boleh dibuat pada kawasan yang terlibat dengan pihak berkenaan secara langsung. - Ibid.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...