Aksi Ahmad Said dan Baharom Ghani bukti Umno tak terjejas dengan Bersatu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 10, 2016

Aksi Ahmad Said dan Baharom Ghani bukti Umno tak terjejas dengan Bersatu

Kalau macam tu keadaannya aku dok nampak tak ramai pemimpin Umno yang akan keluar Umno dan bersama Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yasin dalam parti baru PPBM atau lebih popular dengan nama Bersatu.

AstroAwani dalam berita bertajuk "Saya tidak sertai PPBM, setia bersama UMNO -  Ahmad Said" melaporkan:
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama UMNO dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahmad, 59, yang menyertai UMNO sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk UMNO tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti. - AstroAwani
Juga dilaporkan:
"Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.

"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi...tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Kemaman, di sini. - Ibid.
Itu setara Ahmad Said bekas MB Terengganu yang secara terbuka belasah Najib terutama sekali berkenaan 1MDB. Kalau tara Ahmad Said pun masih nak setia dengan Umno berapa kerat sangat pemimpin Umno yang akan keluar Umno masuk PPBM tu.

AstroAwani juga dalam berita bertajuk "Pengerusi tetap UMNO Gelang Patah isytihar keluar parti" melaporkan:
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti semasa berucap mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu, pagi tadi.

Bekas Ketua UMNO bahagian itu berbuat demikian berikutan sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Selepas membuat pengumuman itu, beliau meninggalkan mesyuarat itu. - AstroAwani
Kalau baca setakat tu nampak macam parti baru Dr. Mahathir memang ada peluang dan harapan besar.
Masalahya AstroAwani juga melaporkan:
Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohamad Khairi A.Malik ketika diminta mengulas berkata ia adalah satu tindakan yang diluar jangkaan kerana Baharom pernah memaklumkan akan terus berjuang dalam parti.

Bagaimanapun ujarnya, tindakan Baharom itu tidak menjejaskan mesyuarat yang mana ia diteruskan rakyat jadi pada kira keluarnya beliau dari parti UMNO nampak jelas sangat tidak jejas parti pada bahagian kerana bila keluar tadi perwakilan masih kekal di tempat masing-masing dan teruskan persidangan,” kata Mohamad Khairi ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini. - Ibid.
Makna kata Baharom Ghani bekas Adun Tanjung Kupang malah merupakan Ketua Penaja Umno Bahagian Gelang Patah, keluar Umno sorang-sorang. Walaupun dia umumkan dalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Gelang Patah takdak sorang pun perwakilan yang keluar ikut dia.

Kalau macam tu keadaannya aku dok nampak takkan ramai pemimpin Umno yang akan keluar Umno dan bersama Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yasin dalam parti baru PPBM atau lebih popular dengan nama Bersatu.

Kalau nak ada pun mingkin sorang dua pemimpin kecil peringkat Bahagian atau cawangan ataupun bekas pemimpin Umno yang dah tersingkir dari arus perdana Umno cuba nak buat 'comeback' semula.

Ataupun, ada kemungkinan juga kebanyakkan pemimpin Umno masih lagi tertunggu-tunggu 'dedak' yang akan Dr. Mahathir tabur untuk depa yang ada khabar angin kata Dr. Mahathir ada dana sebesar RM5billion untuk gerakan jatuhkan Najib termasuk sebahagiannya untuk parti baru.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...