Pertandingan tiga penjuru: Pakatan Harapan jangan jadi BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 07, 2016

Pertandingan tiga penjuru: Pakatan Harapan jangan jadi BANGANG

Sampai macam tu sekali istiqamahnya PAS tak mau bersama Pakatan Harapan tapi ada pemimpin Pakatan Harapan yang masih tak faham bahasa, masih terhegeh-hegeh nak bersama dengan PAS yang lebih pentingkan perjuangan sempit depa dan dah terukti sanggup mengkhianati harapan rakyat tu.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Perlu sedia hadapi tiga penjuru, kata Chow" melaporkan:
Pakatan Harapan harus menerima cabaran pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pilihan raya umum ke-14 adalah ujian sebenar sama ada DAP boleh bertahan daripada serangan pelbagai sudut. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Chow berkata keadaan pada masa lalu bagi DAP adalah berbeza kerana parti itu tidak mengetuai kerajaan negeri dan menjalinkan hubungan dengan PAS.

Hari ini, DAP tidak mempunyai pilihan tetapi perlu berdepan realiti kerana pertembungan pelbagai penjuru dalam PRU14 tidak dapat dielakkan, kata Chow. - Ibid.
Aku sangat-sangat setuju dengan pandangan ketua DAP Pulau Pinang ni. Satu realiti yang sepatutnya pemimpin parti-parti Pakatan Harapan terima dengan penuh kesedaran.

Sangat tak relevan bila pemimpin Pakatan Harapan masih lagi sibuk bercakap soal pertandingan satu lawan satu padahal PAS yang bukan dalam Pakatan Harapan dah pun buat 'blok ketiga' dan cukup istiqomah dengan kenyataan takkan bersama Pakatan Harapan.

Bukan setakat itu PAS sudah pun membuktikan istiqamahnya dengan berkeras tak mau berunding untuk PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum ni.

Dan yang terbaru masa ura-ura Guan Eng berhasrat untuk adakan pilihanraya negeri lwebih awal, presiden PAS sendiri keluarkan kenyataan kepada umum yang PAS akan letak calon disetiap kerusi Dun di Pulau Pinang.

Sampai macam tu sekali istiqamahnya PAS tak mau bersama Pakatan Harapan tapi ada pemimpin Pakatan Harapan yang masih tak faham bahasa, masih terhegeh-hegeh nak bersama dengan PAS yang lebih pentingkan perjuangan sempit depa dan dah terukti sanggup mengkhianati harapan rakyat tu.

Memang aku tak nafikan berdasarkan bacaan sekarang peluang untuk calon PKR dan Amanah untuk menang pilihanraya agak tipis itulah realitinya sekarang yang sepatutnya pemimpin-pemimpin berkenaan terima dan buat kerja berdasarkan realiti tu, bukannya sekadar berangan-angan "kalau satu lawan satu tentu kita dah menang."

Lebih malang lagi, ada jugak pemimpin Pakatan Harapan yang terlalu obses nakkan pertandingan satu lawan satu sampai tahap sanggup berlawan dengan parti sekutu dalam Pakatan Harapan.

Sebagai contohnya sangat tak logik kalau betul macam khaar angin yang viral kata ada syarat dari kartel Azmin supaya DAP setuju tak benarkan calon Amanah bertanding jika nak PKR ersetuju dengan cadangan DAP nak adakan PRN awal tu.

Sanggup beralah untuk PAS yang dah terbukti selalu khianat dalam berkawan tu sampai tahap sanggup khianat parti Amanah yang merupakan rakan dalam Pakatan Harapan.

Lebih BANGANG lagi kalau betul macam khabar angin yang kata wujud pakatan sulit Azmin dan Hadi nak bunuh Amanah dengan arahan UMNO yang katanya adalah juga antara isi utama taklimat MKN kepada PAS di Langkawi sikit waktu baru ni dan Pakatan Harapan deolah-olah tak peduli pun.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...