Aku dok rasa mungkin betul Azmin ada buat pengistiharan harta macam yang dia kata nak buat tu cuma masalahnya dia istihar kat sapa aku pun taktau. Yang jelasnya nampak macam dia memang tak berani istihar kepada kepada umum.
Sinarharian semalam dalam berita bertajuk "Rakyat mahu tahu harta Adun" melaporkan:
“Kalau rakyat bayar gaji Adun, mereka harus tahu apa aset kita ada dalam tempoh bergelar wakil rakyat. Ini penting untuk ketelusan pentadbiran supaya kita tahu tiada berlaku rasuah dalam aset diperoleh,” demikian ulas Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh.
Beliau yang sebelum ini memberitahu Sidang Dun akan membentangkan usul supaya semua Adun di negeri ini wajib mengisytiharkan aset milik masing-masing berkata, cadangan pindaan belum diluluskan namun notis sudah diberi dalam dewan Isnin lalu kepada semua Adun.
Menurutnya, majoriti rakyat setuju dengan usul namun halangan mungkin timbul dalam kalangan Adun sendiri kerana ada yang berpendapat mereka bukan ahli majlis atau Exco, tidak membuat polisi, tidak meluluskan pembangunan lalu mempertikai mengapa perlu isytihar aset. - Sinarharian.
Aku pernah ulas isu pengistiharan harta ni khususnya untuk Selangor ni dan lebih khusus lagi untuk Azmin Ali dalam posting bertajuk "Azmin MB Selangor nak istihar harta? Jangan nak mimpi la".
Sinarharian pada 10 Mac 2015 dalam berita bertajuk "Selepas Rafizi, giliran Azmin pula isytihar harta" melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengesahkan akan mengisytiharkan hartanya seperti yang dilakukan naib presidennya, Rafizi Ramli.Sinarharian dalam berita semalam juga melaporkan:
Mengakui masih belum mengisytiharkan harta sejak menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat. - Sinarharian.
Menyentuh pertikaian dalam kalangan Adun yang tidak mahu membuat pengisytiharan aset selagi Exco dan menteri besar tidak melaksanakannya terlebih dahulu, Hannah berkata, Exco sudah ‘practise’ melakukannya dan ia dipapar dalam laman web SUK. - Ibid.Kalau ikut kata speaker Dun Selangor tu maknanya Azmin dah pun istiharkan harta dan semua orang boleh tengok di laman SUK.
Masalahnya jenuh aku cari godek dalam laman SUK Selangor tu tapi tak jumpa pun pengistiharan harta Azmin. Guna google pun tak jumpa. Yang aku jumpa cuma pengistiharan beberapa orang Exco.
Kalau tengok ke page Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/EXCO dalam laman SUK tu jelas dapat tengok tak semua Exco ada link ke file pengistiharan herta depa dan pada nama Azmin memang takdak link macam tu.
Yang ada pengistiharan Teng Chang Kim, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah, Dr. Ahmad Yunus Hairi, Dr. Daroyah Alwi, Ganabatirau Veraman dan Amirudin Shari. Yang takdak istihar Elizabeth Wong, Nik Nazmi dan Zaidy Talib.
Pengistiharan harta exco yang ada tu pun aku tengok sangap ringkas dan tak tunjukkan sepenuhnya harta yang milik depa, tak detail macam pengistiharan harta Rafizi Ramli yang dia ada buat sebelum ni.
Aku dok rasa mungkin betulAzmin ada buat pengistiharan harta macam yang dia kata nak buat tu cuma masalahnya dia istihar kat sapa aku pun taktau. Yang jelasnya nampak macam dia memang tak berani istihar kepada kepada umum.
Mungkin betul macam andaian sesetengah pihak yang kata tindakan Hannah Yeoh tu sebenarnya nak memerangkap Azmin. Contohnya Harakahdaily dalam berita bertajuk "Cadangan Hanna Yeoh mahu perangkap MB S'gor?".
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis