PAS pecat Husam untuk persepsi baik di PRN Sarawak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 06, 2016

PAS pecat Husam untuk persepsi baik di PRN Sarawak?

Mungkin kesan persepsi PAS pecat Husam tu tak banyak tapi kalau boleh bagi kesan 0.1% pun ke atas persepsi ahli dan penyokong PAS yang akan mengundi esok dan dengan pemecatan ni depa buat u-turn tak undi calon PAS, peluang untuk calon PAS hilang wang deposit semakin tinggi.

Utusan melaporkan:
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dipecat daripada parti itu berkuat kuasa 23 April lalu kerana melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Perlembagaan Pas Fasal 82 (1) (b), (c), (d), (e) dan (f).

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Dr. Sanusi Daeng Mariok dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu diambil setelah mengambil kira semua aspek selain mempertimbangkan kepentingan dan perjuangan.- Utusan
Harakahdaily dalam satu berita pendek pula melaporkan:
TINDAKAN TATATERTIB KE ATAS YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN HAJI MUSA

DENGAN ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tatatertib PAS telah meneliti aduan salah laku terhadap YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa dan setelah mempertimbangkan kes ini dari semua aspek serta setelah mengambil kira kepentingan Parti dan perjuangannya, maka Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS, maka Jawatankuasa Tatatertib dengan sebulat suara bersetuju:

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas YB. Dato’ Haji Husam bin Haji Musa, iaitu “MEMECAT DARI MENJADI AHLI PAS BERKUATKUASA PADA HARI KEPUTUSAN (23/4/2016)”

DR SANUSI DAENG MARIOK
Pengerusi
Jawatankuasa Tatatertib PAS – HARAKAHDAILY 6/5/2016
Takdak sapa heran kut tindakan PAS pecat Husam ni.  Kut kalau nak heran pun pasai apa baru hari ni PAS pecat Husam setelah lama dia jadi duri dalam daging.

Malah ahli PAS yang 'istiqomah' aku yakin sambut berita ni dengan sorak gembira dan bekas ahli PAS yang keluar PAS masuk Amanah pulak mungkin sorak gembira jugak pasai depa tunggu Husam bersama dengan depa masuk Amanah lama dah.

Cuma yang aku heran sikit, pasai apa PAS pilih hari ni untuk pecat Husam, sehari sebelum hari mengundi PRN Sarawak. Kecuali la kalau Husam ada turun kempen di Sarawak memburuk-burukkan PAS depa pengundi PRM Sarawak.

Yang aku herannya, takkan kut depa tak risau kesan pemecatan Husam ni ke atas persepsi pengundi PRN Sarawak.

Mungkin kesan persepsi PAS pecat Husam tu tak banyak tapi kalau boleh bagi kesan 0.1% pun ke atas persepsi ahli dan penyokong PAS yang akan mengundi esok dan dengan pemecatan ni depa buat u-turn tak undi calon PAS, peluang untuk calon PAS hilang wang deposit semakin tinggi.

Tapi bila fikir balik, memang tak heran pun pasai selama ni memang PAS tak pernah peduli pun bab persepsi ni.

Yang terbaru kenyataan Presiden PAS sendiri sebelum ni pasai takmau DAP perintah Sarawak. Sebelum tu kenyataan dari Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Cikgu Pa dan sebelum tu lagi, kenyataan dari Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang semut yakin BN akan menang besar PRN Sarawak yang langsung tak membantu kempen persepsi untuk calon PAS untuk PRN Sarawak.

Apa pun, Husam dalam update status facebook dia dengan nada sedih,



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...