Ugutan bunuh: Husam sendiri syak pembalak punya kerja. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 12, 2015

Ugutan bunuh: Husam sendiri syak pembalak punya kerja.

Kalau boleh trace pun nanti akan keluar nama tah sapa², silap² keluar nama mat bangla yang dah lama balik negeri dia.

Malaysiakini melaporkan:
Ketika ketegangan Datuk Husam Musa dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu.

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.- Mkini.
Dalam keadaan macam ni bila jadi macam ni saspek utama tentulah yang terlibat dengan pendedahan baru ni.

Kalau tanya aku punaku setuju dengan Husam yang minta disiasat semua pembalak yang terlibat dengan aktiviti pembalak tebang habis yang Husam dedahkan tu.

Pasainya, kebarangkalian paling tingginya memang puak² tu, yang akan terima kesan yang paling teruk kalau isu balak ty sampai disiasat oleh SPRM.

lagi pun, biasanya pembalak ni terutama sekali kalau projek tebang tebang habis memang kebanyaklannya tak ikut peraturan yang kalau disiasat tentu ada benda yang sangkut punya.

Hj Husam dalam facebook dia update status macan yang aku kopipes kat bawah:
Timbang Teguran Dengan Saksama: Tolak Ugutan & Tindakan Ekstrem

Ugutan dari seorang lelaki yang tidak dikenali telah diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan (sms) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.
Ugutan itu ditujukan kepada saya.

Pada hari yang sama saya dan isteri membuat laporan polis masing-masing di balai Jalan Tun Razak dan IPK, Kota Bharu.

Berdasarkan kandungan pesanan sms, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri adalah punca ugutan itu diterbitkan.

Dari enam teguran utama saya, tiga adalah berkaitan pembalakan dan ladang, khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

Berdasarkan temu bual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis.

Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, InsyaAllah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan.

Saya berharap kerajaan negeri menimbangkan teguran saya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian yang berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan yang baru, sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian yang lebih buruk.

Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sedia berkongsi dan bersimpati.

Allah sebaik Penolong dan sebaik Pelindung. KepadaNya saya bertawakkal.
Husam Musa
30 Muharam 1437/
12 November 2015 - Fb Husam Musa.
Apa pun, ada kebarangkalian jugak benda ni puak lain yang buat. Dengan ahli politik ni terutama sekali yqng terlibat begitu menjiwai kerja² saraf, tindakan macam ni benda biasa saja.

Takat ugut melalui telefon ni, sapa² pun boleh buat, dan memang tak mustahil kerja BANGANG lagi CELAKA ni puak Umno Kelantan yang buat, tambahan pulak 'perang Husam vs PAS' ni yang paling untung adalah Umno Kelantan.

Lagi satu sekarang ni senang sangat kut nak dapat 'simkad underground', langsung tak perlu risau kut kalau takat nak main ugut melalui telefon ni.

Kalau boleh trace pun nanti akan keluar nama tah sapa², silap² keluar nama mat bangla yang dah lama balik negeri dia.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...