Pendemo Bersih4 pijak gambar Hadi, Maria Chin takmau bertanggungjawab? (Video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, September 01, 2015

Pendemo Bersih4 pijak gambar Hadi, Maria Chin takmau bertanggungjawab? (Video)

Cumanya aku sikit tak faham pasai apa Maria Chin berlagak sangat sampai tak bersedia minta maaf.atas insiden pendemo Bersih 4 pijak gambar Hadi tu. Apa ruginya kalau Marina Chin minta maaf atas kapasiti penganjur. 

Malaysiakini melaporkan:
Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mempertikaikan kewajaran badan itu membuat permohonan maaf atas insiden individu tertentu memijak gambar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan itu dibuat ekoran komen bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesa kumpulan pendesak reformasi pilihan raya berkenaan bertanggungjawab atas insiden tersebut.

"Tidak, itu (insiden memijak gambar) bukan inisiatif kami. Malah ia bukan sebahagian daripada program kami dan kami tidak tahu siapa yang memijak gambar itu.

"Adakah kami menghasut mereka? Rasanya tidak," kata Maria kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Namun Maria mengakui pertubuhan berkenaan marah kerana insiden itu berlaku. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Kata Maria, BERSIH tidak pernah bersetuju dengan kejadian berkenaan dan memberi jaminan, semua pertubuhan bukan kerajaan dan jawatankuasa pemandu pertubuhan itu tidak mendalanginya.

"Kami tidak pernah meminta sesiapa melakukan perkara itu, sama seperti kami tidak akan ke sana sini mencurah cat merah atau membakar patung (untuk menunjukkan kemarahan)," katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada sekumpulan orang awam diketuai pemimpin Umno bahagian mencurah cat merah ke atas patung Maria sebelum BERSIH 4 bermula. - Ibid.
Harakahdaily sebelum tu melaporkan:
Tuntutan Bersih untuk reform sistem demokrasi dan pilihan raya negara adalah disokong oleh PAS tanpa berbelah bahagi. Malah PAS telah menganjur dan menyertai pelbagai bentuk rally sebelum daripada ini. Bukan hanya dalam bentuk anjuran bersama Bersih, tetapi juga pelbagai isu yang menyentuh kepentingan ummah. PAS hanya berbeza pendekatan pada kali ini. Kebetulan PAS mempunyai komitmen yang tinggi terhadap beberapa program penting yang dianjur dalam tempoh ini.

Namun insiden memijak gambar Presiden PAS, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam himpunan Bersih 4.0 adalah suatu yang sangat memalukan. Perbuatan itu adalah Kotor dan sangat biadap serta kurang ajar, sementelah tiada jenayah dan perbuatan yang melayakkan perbuatan sebegitu itu dilakukan ke atas YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. - Hrkh.
Dalam isu pijak gambar pemimpin ni aku dari dulu tak pernah bersetuju, tak kira la gambar sapa pun. Cumanya dalam isu ni, tak berapa nak kena kut kalau nak hempuk kesalahan tu di atas kepala penganjur demo Bersih4 tu.

Dengan kehadiran yang katanya melebihi 200,000 orang dan terbuka pulak kepada siapa saja untuk hadir sangat tak logik penganjur boleh tengok kelaku setiap peserta.

Cumanya aku sikit tak faham pasai apa Maria Chin berlagak sangat sampai tak bersedia minta maaf.atas insiden pendemo Bersih 4 pijak gambar Hadi tu. Apa ruginya kalau Marina Chin minta maaf atas kapasiti penganjur.

Lagi satu, tak berapa nak cantik kut kaitkan insiden pijak gambar tu dengan kelaku penchachai Umno BN yang simbah gambar dia dengan cat merah dengan tak sedia nak minta maaf. Takkan nak jadi bangang sama macam geng baju berah kut?

Kat bawah ni video insiden tu.

Pendemo Bersih4 pijak gambar Hadi peluk Najib

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...