Bersih4: Bukti PAS parti paling wala' bukan bukti parti pembangkang terbesar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 02, 2015

Bersih4: Bukti PAS parti paling wala' bukan bukti parti pembangkang terbesar

Aku tak rasa kenyataan Timbalan Presiden PAS ni tepat. Yang lebih tepatnya, kehadiran demo Bersih 4 membuktikan yang PAS adalah parti yang ahlinya paling wala' kepada arahan parti.

Bersih 4 solat berjamaah - TMI
TheMalaysianInsider melaporkan:
Kekurangan penyertaan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 membuktikan parti Islam itu terus kekal sebagai pembangkang terbesar di negara ini, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, kiri).

Timbalan presiden PAS itu berkata, parti Islam itu hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang lepas dan kali ini ia tidak mengerahkan ahlinya.

Tuan Ibrahim berkata, melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan PAS dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelumnya.

"Ini sekali gus membuktikan PAS sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar di arus perdana politik negara," katanya kepada The Malaysian Insider. - TMI.
Aku tak rasa kenyataan Timbalan Presiden PAS ni tepat. Yang lebih tepatnya, kehadiran demo Bersih 4 membuktikan yang PAS adalah parti yang ahlinya paling wala' kepada arahan parti.

Masa demo Bersih 1, 2 dan 3 ahli PAS turun beramai-ramai pasai wala' kepada arahan parti tapi masa demo Bersih 4 depa tak turun sebab wala' kepada 'larangan' parti, kecuali segelintir kecil golongan yang tak wala' yang sokong Gerakan Harapan Baru

Macam PKR pulak walaupun Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR kata PKR ada lebih setengah juta ahli tapi tak berapa kerat yang hadir bukan saja demo Bersih 4 tapi juga demo 1, 2 dan 3 sebelum ni, sebabnya depa tak wala' walaupun parti arahkan semua ahli turun.

Untuk buktikan PAS adalah betul-betul parti pembangkang terbesar PAS sepatutnya buat proses pemutihan keahlian yang masih lagi belum berjaya sepenuhnya walaupun dah dimulakan  lebih 15 tahun lalu.

Walaupun PAS bagitau keahlian PAS dah melebihi sejuta orangtapi aku langsung tak yakin dengan angka tu. Yang lebih tepatnya bukan jumlah ahli PAS tapi nombor bilangan ahli PAS saja yang melebihi angka sejuta pasai yang lebih sejuta tu termasuk ahli yang dah mati dan ahli yang dah keluar parti yang tak dibuang nama depa dari sistem.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...