Keputusan Pemilihan PAS Pusat sebenarnya memburukkan imej presiden? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 05, 2015

Keputusan Pemilihan PAS Pusat sebenarnya memburukkan imej presiden?

Harap-harapnya Presiden Persatuan Ulama' Dunia Dr. Yusuf Qardawi tak tanya TG Hj Hadi yang juga Naib Presiden  Persatuan Ulama' Dunia pasai keujudan TOYOL dalam menentukan kemenangan calon-calon dalam pemilihan PAS Pusat kali ni.

Malaysiakini melaporkan:
Pencabar jawatan presiden PAS Ahmad Awang berkata, beliau menerima kekalahannya dalam merebut jawatan tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang merupakan bekas naib presiden PAS mendakwa, kemenangan yang diperolehi barisan pimpinan baru itu diibaratkan sebagai "kemenangan palsu". - Mkini.
Juga dilaporkan:
Ia berikutan tindakan yang dibuat oleh sesetengah pihak yang mengeluarkan senarai "chai" untuk memberi panduan kepada para perwakilan membuat pemilihan kepimpinan, katanya.

"Dengan "chai" ini nampak sangat saya rasa kemenangan yang diperolehi oleh yang menang - dari presiden sampai ke bawah - kemenangan yang palsu yang berasaskan dengan perbuatan yang tidak sihat.

"Bukan sahaja bercanggah dengan amalan demokrasi dan syariat kerana melakukan tindakan untuk singkirkan rakan perjuangan berdasarkan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, Ahmad turut melahirkan kebimbangan bahawa budaya "chai" tersebut bukan sahaja memburukkan imej parti, malah presiden parti itu sendiri.

"Saya tak ada masalah kalah tapi cara mereka lakukan itu menjatuhkan imej parti Islam seMalaysia. Jatuhkan imej presiden sendiri. - Ibid.
Harap-harapnya Presiden Persatuan Ulama' Dunia Dr. Yusuf Qardawi tak tanya TG Hj Hadi yang juga Naib Presiden  Persatuan Ulama' Dunia pasai keujudan TOYOL dalam menentukan kemenangan calon-calon dalam pemilihan PAS Pusat kali ni.,

Jenuh jugak kut nak jawab kalau kena tanya, takkan nak nafikan pasai dah viral merata gambar perwakilan mengundi guna chai TOYOL tu.

Sumber imej: Facebook

Yang paling aku kesal sekali, kalaupun dapat TOYOL, tak payah la sampai daring sangat, sorok-sorok la sama jangan sampai bagi orang nampak. Ni sampai orang ambak gambaq red handed macam ni.

Apa pun bukan chai TG Hj Hadi saja yang ada tapi chai Ust Ahmad Awang pun ada, cumanya sapa yang sebenarnya yang buat tak pasti.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...