Jangan silap, 11 OKZ orang tu bukan pesalah yang perlu pengampunan... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 19, 2015

Jangan silap, 11 OKZ orang tu bukan pesalah yang perlu pengampunan...

Aku cukup tak setuju guna perkataan 'pengampunan' tu. Ampun apanya? Depa tu bukannya pesalah yang perlu pengampunan tapi depa tu OKZ, Orang Kena Zalim.

Kredit foto: Nshita
Malaysiakini melaporkan:
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi pengampunan diraja ke atas 11 aktivis yang telah dihukum penjara kerana membantah peralihan kuasa di negeri itu pada 2009.

Perkara itu diumumkan oleh Nashita Md Noor, isteri Bad Latif Mansor yang merupakan antara aktivis yang dihukum penjara. - Mkini.
Aku cukup tak setuju guna perkataan 'pengampunan' tu. Ampun apanya depa tu bukannya bersalah. Lebih teruk lagi ada yang guna gantinama 'pesalah' untuk 11 aktivis tu. Depa tu bukan pesalah yang perlu pengampunan tapi depa tu OKZ, Orang Kena Zalim.


Sultan Nazrin pada aku bukannya bagi 'pengampunan' tapi sebenarnya 'membetulkan kesilapan hakim' yang 'silap' menghukum. Jadinya tak perlu la kut nak sungguh-sungguh 'menjunjung kasih' bagai... Lagi pun, pada aku pihak Istana Perak cuma sekadar 'mencorak persepsi'...

Lantak pi la pihak Istana nak guna perkataan apa pun tapi aku harap sangat para pejuang rakyat tak tersilap gunakan perkataan 'pengampunan' dan 'pesalah' tu.

Juga dilaporkan:
"Saya bagi pihak ahli keluarga OKZ11 (11 'orang kena zalim') yang masih terpenjara di balik tembok besi Penjara Tapah (ketika ini) ingin mengumumkan bahawa kesemua mereka telah mendapat pengampunan dari Sultan Perak dan Lembaga Pengampunan Perak.

"Peruntukan Pengampunan sempena Ramadhan dan Aidilfitri," katanya dalam satu catatan di Facebook awal pagi ini. - Ibid.
Apa pun, Selamat Kembali untuk 11 OKZ ke pangkuan keluarga dan juga ke pangkuan RAKYAT.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...