Kali ni giliran depa kena musibah hampir hancur hidup akibat banjir sapa tau lain kali giliran kita pulak ditimpa musibah. Kalau kita tak sungguh-sungguh bantu depa jangan nak harap kita akan sungguh-sungguh dibantu.
Harakahdaily melaporkan:
PAS melancarkan tabung khas bagi membantu memulihkan semula penempatan penduduk di Kelantan yang musnah dilanda banjir teruk pada 26 Disember lalu.
Pengerusi Tabung Pemulihan Bencana Banjir Mohamad Sabu berkata, mangsa banjir perlu terus dibantu oleh semua pihak kerajaan pusat, negeri, NGO dan juga parti politik. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Bagi merasmikan pelancaran tabung ini, PAS akan menganjurkan majlis makan malam pada 9 Febuari ini dan mensasarkan kutipan sehingga RM5 juta pada malam tersebut.Kat bawah ni video kemusnahan Kampung Manjor / Karangan Kuala Krai yang diupload oleh Raja Shamri Raja Husin, aktivis banjir yang cukup terkenal banyak membantu mangsa banjir terutamanya di Kuala Kerai.
"Tempat kita akan tentukan kemudian, Makan malam nanti kita tidak jual tiket mereka boleh datang derma semampu mereka sehingga kita capai target," katanya.
Katanya, PAS tidak boleh membiarkan penduduk terus tinggal di dalam khemah sepanjang masa, justeru mereka perlukan tempat tinggal tetap seperti yang mereka ada sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memberitahu, setakat ini terdapat sebanyak 2,660 keluarga di Kelantan yang hilang atau rosak sama sekali rumah mereka manakala di negeri lain masih belum dipastikan. - Ibid.
Kalau langsung tak rasa ap-apa aku taktau la. Kalau takat rasa ja pun tak guna jugak kut, bantulah depa seboleh mungkin untuk bina semula kehidupan depa.
Kali ni giliran depa kena musibah hancur hidup akibat banjir sapa tau lain kali giliran kita pulak ditimpa musibah. Kalau kita tak sungguh-sungguh bantu depa jangan nak harap kita akan sungguh-sungguh dibantu. What you give you'll get back.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis