Suasana Ramadhan dan Aidil Fitri kali ini yang paling CELAKA dari sudut politik? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Julai 28, 2014

Suasana Ramadhan dan Aidil Fitri kali ini yang paling CELAKA dari sudut politik?

Sungguh, pada aku suasana akhir Ramadhan dan jugak Aidil Fitri kali ni mungkin yang paling CELAKA dari sudut politik. Habih jadi cacamerba terutama sekali kat timelime facebook ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Khalid Ibrahim Menteri besar Selangor update status facebook dia:
Saya memohon maaf kerana isu di Selangor ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan kepada rutin mereka khususnya di 10 hari terakhir Ramadan yang kebiasaannya diisi dengan urusan ibadah, namun terpaksa disulami dengan kemelut politik pula - Facebook.
Apa la malang Ramadhan tahun ni, di saat semua orang Islam yang beriman sungguh-sungguh nak tingkatkan amal ibadat di hari-hari akhir Ramadhan tiba-tiba Ketua Umum PKR atau sekarang ni popular dengan istilah KeTum umumkan yang PKR Selangor dah bermesyuarat dan buat keputusan nak menggantikan Khalid Ibrahim dengan Dr. Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Betul la kerusi Menteri Besar Selangor tu sejak selepas PRU13 diisi oleh Adun dari PKR tapi tak bermakna PKR boleh senang-senang buat keputusan nak ganti MB. Takkan depa tak sedar kut yang PKR cuma ada 14 Adun berbanding PAS dan DAP masing-masing ada 15 Adun.

Kemahuan PKR tu kemudiannya di bawa ke dalam Mesyuarat Majlis Presiden dan PAS yang katanya diwakili oleh Timbalan Presiden Mat Sabu, Setiausaha Agung Cikgu Pa, Naib Presiden Ust Tuan Ibrahim dan Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kayat dan Pengarah Pilihanraya Dr. Hatta Ramli bersetuju untuk terima cadangan PKR tu untuk dibawa dalam Mesyuarat PAS Pusat.

Memang berasap la alam maya dengan isu tu terutama sekali di timeline facebook ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dengan komen-komen kasar dari puak-puak fanatik politik Pakatan Rakyat terutama sekali dari cybertroopers yang tak setuju dengan cadangan berbau kronisma dan autoritatif dari PKR tu.

Baru ja aku dok seronok 'belasah Ketum' tiba-tiba belum pun PAS Pusat bermesyuarat pasai tu Presiden PAS keluarkan kenyataan kata dia tolak cadangan PKR tu.

Berasap pulak timeline facebook dengan komen menghentam Presiden PAS TG Hj Hadi termasuk dari kalangan ahli dan penyokong tegar PAS.  Yang Presiden PAS ni pun, kalau nak keluarkan kenyataan yang panas macam tu pun tunggu la lepas raya.

Isu ni kemudian dihanratkan lagi dengan kenyataan dari Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang kata kenyataan dari Presiden PAS tu adalah pendirian peribadi dan bukan pendirian PAS yang kemudiannya dinafikan oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama' yang kata kenyataan Presiden PAS tu adalah mewakili suara seluruh PAS.

Statement Khalid Ibrahim yang aku kopipes kat atas tu memang sangat-sangat menggambarkan suasana tak kondusif di akhir-akhir Ramadhan ni.

Sungguh, pada aku suasana akhir Ramadhan dan jugak Aidil Fitri kali ni mungkin yang paling CELAKA dari sudut politik.

Dan pada aku, 'move' Anwar Ibrahim kali ni mungkin yang paling 'dejei' sekali. Kalau nak buat aksi BANGANG pun tunggu la lepas raya, bukannya berapa hari sangat pun.

Habih jadi cacamerba terutama sekali kat timelime facebook ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Sepatutnya di malam Aidil Fitri facebook penuh dengan ucapan "Taqabbalallahu minna wa minkum..." tapi yang banyaknya status samada kutuk aksi Anwar KeTum PKR dan yang sewaktu dengannya ataupun kutuk aksi TG Hj Hadi Presiden PAS dan yang sekutu dengannya.

Macam kenyataan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz yang mengulas isu MB Selangor ni yang antara lain menyebut:
Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT. - Facebook.
Apa pun, sempena semangat Aidil Fitri yang tak berapa nak kondusif ni aku nak tumpang sama ucapkan:


Dan jangan lupa walau macamana pun suasana Ramadhan dan Aidil Fitri kita kali ni takkan terbanding suasana Ramadhan dan Aidil Fitri di Gaza...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...