Memang nampak 'jiwa semangat Melayu' masih kukuh di dada Musa Hitam yang aku yakin jauh lebih kukuh dari 'jiwa menegakkan kebenaran' dan mungkin pasai tu kut ambil masa lebih 30 tahun untuk Musa Hitam dedah rahsia tragedi berdarah kampung Memali.
Harakahdaily melaporkan:
Setelah hampir 30 tahun tersimpul rapi, walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebenarnya mempunyai banyak ruang untuk menceritakan segala rahsia mengenai peristiwa Memali sebelum ini, kenapa hanya sekarang beliau mendedahkan perkara itu tentunya menarik perhatian ramai.
Dalam sebuah forum anjuran kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu malam semalam, Musa yang ketika peristiwa Memali itu merupakan Menteri Dalam Negeri dan dipersalahkan oleh banyak pihak mengenainya, akhirnya mendedahkan bahawa ketika kejadian itu Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri, sebenarnya berada di dalam negara dan bukannnya di China sebagaimana yang diberitahu sebelum ini. - Hrkh.
Kat bawah ni video ucapan Musa Hitam tu.
Bila Musa Hitam cakap macam tu tambah-tambah lagi dia kenen Dr. Mahathir, aku nampak ramai ahli dan penyokong PAS terutamanya macam dah nak maafkan Musa Hitam pasai tragedi di Kampung Memali tu.
Pada aku, walau apa pun yang Musa Hitam kata dia tetap perlu dibicarakan pasai kes tu dan tentunya bersama dengan Dr. Mahathir dan juga pegawai polis yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tregedi tu.
Langsung tak releven ayat atau alasan "sebab semua orang kita..." sebabnya yang jadi mangsa tetap mangsa yang lakukan salahlaku tetap bersalah tak kira la orang sapa pun walaupun depa yang berkenaan dah pun bertaubat di depan kaabah.
Lagi satu aku tak berapa nak faham pasai apa lepas 30 tahun baru sekarang Musa Hitam dedahkan pasai tragedi berdarah di Kampung Memali tu. Sekurang-kurangnya Musa Hitam patutnya dedahkan pasai tragedi tu sebelum PRU13.
Macam gambar yang aku bubuh kat atas tu yang aku kopipes dari page Salahuddin Ayub yang dimuatnaik pada 13 Mac 2013. Aku difahamkan gambar tu diambik masa pertemuan tertutup Salahuddin Ayub dengan Musa Hitam tapi aku langsung takdak maklumat apa yang depa sembangkan dalam pertemuan tu.
Cumanya aku yakin kalau betul Musa Hitam kata tragedi berdarah memali adalah titih hitam dalam sejarah politik dia dan dia sangat rasa berdosa tentu punya benda tu dia luahkan kepada Salahuddin yang merupakan Naib Presiden PAS.
Aku cukup yakin kalau dia dedahkan kepada Salahuddin tentu punya Salahuddin tawarkan dia platform untuk dia minta maaf secara terbuka kepada mangsa tragedi berdarah Memali tu dan dedahkan secara terbuka juga apa yang sebenarnya terjadi.
Kalau la pendedahan macam tu Musa Hitam buat masa tu aku cukup yakin keputusan PRU13 akan jadi berbeza dan kalau PAS cekap mainkan isu tu tak mustahil Salahuddin Ayub dah pun dinobatkan sebagai menteri Besar Johor selepas PRU13 lepas.
Apa pun, kalau dengar ke cara cakap Musa Hitam dalam video tu memang nampak 'jiwa semangat Melayu' masih kukuh di dada Musa Hitam yang aku yakin jauh lebih kukuh dari 'jiwa menegakkan kebenaran'.
Mungkin pasai tu kut ambil masa lebih 30 tahun untuk Musa Hitam berani dedahkan rahsia tragedi berdarah kampung Memali dan aku boleh faham sangat pasai apa dia tak dedahkan sebelum PRU13 atau mana-mana PRU sebelum ni termasuk masa PRU1990, peluang paling hebat untuk Musa Hitam 'belasah' Dr. Mahathir.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis