Memang la strategi politik nak kena rahsia dari musuh tapi kalau kita buat gerakan strategi politik sampai orang ramai terpinga-pinga termasuk penyokong dan jentera sendiri, itu bukan strategi bangang namanya.
Memang nampak jelas PKR melalui jalan sukar untuk bagi penjelasan apa sebenarnya yang depa nak buat melalui 'sketsa bangang' PRK Dun Kajang.
Aku dok nampak setakat ni Anwar pun masih terkial-kial nak bagi pencerahan dan gagal untuk yakinkan bukan kata pengundi tapi untuk aktivis Pakatan Rakyat pun dia gagal.
Sebelum ni Sinarharian menerbitkan berita dalam berita bertajuk "Rafizi mohon maaf pada pengundi":
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memohon maaf kepada pengundi di Kajang sekiranya pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang nanti membazirkan wang mereka.
Menurutnya, tidak dinafikan PRK itu pasti akan mengambil wang rakyat dan ruang awam pada masa rakyat melalui kesusahan ekonomi.
“Tidak ada alasan membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya mohon maaf dan parti bersedia dihukum pengundi di Kajang.
“Saya mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu dan mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah ini tetapi meminta masa dan ruang mewajarkannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat berpuak-puak dan mengecewakan rakyat serta menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam PR di Kedah sebelum ini.
“Langkah PKR mengosongkan kerusi Dun Kajang dan meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi PRK kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.
“Walaupun langkah ini tidak popular tetapi ia sesuatu diperlukan PR untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya. Dalam masa sama menjadi wadah Pakatan menawan Putrajaya,” katanya. - Sinarharian.
Aku tak tau orang lain tapi pada aku penjelasan Rafizi agak meyakinkan, bukan maksud aku Rafizi berjaya bagi pencerahan tapi aku nampak ada cahaya keikhlasan dalam usaha Rafizi untuk bagi pencerahan.
Kelmarin keluar satu wawancara TheMalaysianInsider dengan Rafizi yang mungkin boleh jadi ubat penenang walaupun masih tak menjawab persoalan utama atas alasan perlu rahsia
Rafizi Ramli adalah salah seorang arkitek dalam ‘langkah Kajang’ yang membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan itu. Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR melihat betapa PKR tidak boleh berdiam diri apabila Umno terus menggunakan isu ketegangan kaum bagi merampas Selangor. Dalam menangani permasalahan itu, Pakatan Rakyat (PR) memerlukan pemimpin politik seperti Anwar dan pemimpin dalam soal pengurusan seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ikuti wawancara penuh dengan Rafizi.Memang la strategi politik nak kena rahsia dari musuh tapi kalau kita buat gerakan strategi politik sampai orang ramai terpinga-pinga termasuk penyokong dan jentera sendiri, itu bukan strategi bangang namanya.
S: Anda ada menulis sesuatu berhubung usaha Anwar untuk menjadi Adun di Selangor dan keperluannya bagi menangkis serangan Umno. Namun sejak lima tahun lalu, PR juga berdepan degan masalah isu bekalan air sehinggalah kepada bantahan kepala lembu. Jadi, apa keperluan Anwar untuk menjadi Adun di Selangor?
J: Pada tahun pertama, rakyat melahirkan kegusaran apabila kami diserang BN meskipun pada ketika itu kami masih tercari-cari. Asalkan kita jujur.
Kami kini berada di penggal kedua. Dinamiknya berubah terutama Umno. Doktrin sokongan bukan Melayu perlu diasingkan sudah berubah. Buat pertama kalinya wujud pemikiran adakah Melayu dan Umno dapat meneruskan perjuangan mereka.
Ketika mereka diberi peluang, politik kaum dan agama yang dimainkan tidak ubah seperti mana yang kita lihat lima tahun lalu.
Apa yang diperlukan adalah pengukuhan politik kerana apa yang sedang dihadapi adalah serangan politik lebih kasar.
Abdul Khalid cukup dihormati dalam pemerintahannya yang penuh berhemah namun beliau tidak begitu cekap sebagai ahli politik terutama apabila berdepan dengan taktik kotor Umno.
Maka sokongan politik PKR dan PR diperlukan. Dengan kehadiran Anwar, memberi isyarat bahawa kami mentadbir Selangor secara serius dengan Anwar menjadi ketuanya.
Kedua, jika berlaku serangan politik ke atas Khalid, Anwar boleh menghadapinya namun ia merupakan satu proses selama tiga bulan. Jadi jika ditanya adakah Anwar akan menjadi menteri besar? Ia ada kemungkinan. Terpulang kepada kita untuk menilai keadaan. Tetapi jika keperluannya mendesak, pilihan tersebut boleh digunakan.
Keadaan Anwar pada masa ini sebagai penasihat ekonomi hanya mencakupi kepada bidang itu sahaja dan beliau tidak mencampuri urusan politik di Selangor. Dengan Anwar sebagai Adun, ia merupakan satu usaha memberikannya kuasa politik bagi berdepan Umno Selangor. Di Parlimen, sewaktu beliau mahu berbicara tentang Selangor, ada yang berkata "siapa anda? Kamu hanyalah penasihat ekonomi RM1. Jangan kacau di Selangor".
S: Namun lima tahun lalu pengukuhan juga telah dijalankan. Mengapa ia perlu dilakukan sekarang?
J: Saya tak fikir kita boleh meneruskan mode bertahan dan diserang sentiasa. Akan tiba masa pengundi akan berkata, saya tahu kamu semua baik tetapi tidak efektif.
S: Bolehkah anda memberikan contoh bagaimana ia terjadi?
J: Katakanlah isu air. Rakyat kelas pertengahan mungkin boleh bertolak-ansur berdasarkan prinsip tetapi bagaimana dengan mereka yang tinggal di flat? Jika berlaku catuan air selama enam bulan, saya tidak fikir mereka membei peluang kepada kerajaan Selangor. Mereka pasti meminta penyelesaian daripada kerajaan dan gerak kerjanya memerlukan usaha politik.
Sama seperti serangan ke atas gereja. Bayangkan setiap minggu terdapat demonstrasi di luar gereja dan kerajaan negeri pula dilihat defensif dan gagal menggunakan pendekatan politik. Akan tiba masanya rakyat akan mengatakan apa gunanya anda menjadi kerajaan negeri? Kami mengundi anda dengan majoriti dua pertiga supaya anda boleh melindungi kami dan menghindarkan perkara ini.
Tidak benar mengatakan sokongan akan diberikan hingga ke akhirnya. Sokongan sebenarnya akan berkurang kerana jangkaan rakyat semakin tinggi. Penggal pertama, rakyat memberi peluang. Penggal kedua, rakyat mahu melihat sumbangan.
Itu juga yang berlaku kepada BN. 20 tahun pertama rakyat mengakui perjuangan mereka menuntut kemerdekaan tetapi pada dekad ketiga dan keempat, mereka berkata “lakukan sesuatu untuk kami”. Saya tidak mengatakan kerajaan negeri tidak berkesan sekarang. Apa yang saya maksudkan adalah krisis politik semakin memuncak dan ia memerlukan gerakan politik juga untuk menanganinya.
S: Adakah ini bemakna Anwar akan menjadi menteri besar dan Khalid masih dalam pentadbiran?
J: Selagi Anwar masih Adun, susun aturnya tidak berhenti. Anwar boleh menjadi MB, Khalid boleh menjadi penasihat merangkap exco dan begitulah sebaliknya. Saya fikir pandangan yang harus ditangani adalah kami mahu mendapatkan wang dari kerajaan negeri. Ini tidak adil kepada parti dan ia hanyalah satu persepsi. Inilah ketakutan yang mahu Anwar tangani.
Rakyat perlu memberi kami masa membuktikan bahawa keputusan ini dibuat oleh parti. Jika tidak mengapa Khalid yang mengumumkan Anwar sebagai calon dan Azmin menyiapkan jentera parti untuk pilihan raya kecil. Kita mahu Khalid faham hakikat ini dengan meletakkan Anwar sebagai Adun dahulu.
Kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi tidak memadai. Keberadaan Anwar juga adalah sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran supaya reformasi akan berlaku lebih cepat. Ia seperti bos besar dalam lembaga pengarah sementara anda juga adalah CEO. Kita akan lebih fokus dan terbuka kepada rundingan.
S: Bukankah Azmin sebagai pengerusi BBC memadai untuk memantau kerajaan negeri?
J: Azmin dan Khalid tidak boleh bertentang mata. Ia elok jika mereka melakukannya tetapi tidak.
S: Adakah Anwar menggantikan Azmin?
J: Tiada yang menggantikan sesiapa. Ia pengukuhan. Kami tidak menyingkirkan Khalid atau Azmin di Selangor. Kami mahu ketiga-tiga mereka. Cabarannya lebih besar daripada itu. Jika Anwar menggantikan Azmin, parti akan menyingkirkannya sebagai ketua di Selangor tetapi Azmin masih di sana.
Kami akan menguruskan Khalid dan Azmin, dengan Anwar yang akan menyusunnya kembali. Ini bukan melibatkan PKR sahaja. Tidak adil kepada Azmin. Kita tidak boleh menyingkirkannya sedangkan beliau telah dipilih sebagai timbalan presiden.
Khalid juga diundi oleh parti dan disukai rakyat. Bagaimana penyelesaiannya? Salah seorang tidak boleh disingkirkan. Cara terbaik adalah meletakkan Anwar mendamaikan dua belah pihak yang juga disifatkan sebagai serampang dua mata bersedia terhadap serangan Umno.
S: Anda mengatakan percaturan di Kajang bertujuan menyelesaikan perbalahan Khalid dan Azmin? Kedua-dua mereka tidak boleh bekerjasama?
J: Bukan itu sebab utamanya. Tidak benar jika mendakwa ia dilakukan untuk menyelesaikan masalah dalaman. Jika ia bertujuan menyelesaikan masalah dalaman, mengapa DAP menyokong 100%?
Ia dilakukan untuk pertukaran strategi politik dan kami memerlukan pengukuhan daripada Anwar.
S: Sementara melakukan pertukaran itu, mengapa tidak dikukuhkan sekali hubungan Azmin-Khalid? Jika ia sememangnya berkaitan pertelingkahan Khalid dan Azmin, mengapa ia tidak dilakukan tiga tahun dahulu?
J: Pertelingkahan tetap ada tetapi bukan sebab itu. Ia perkara kedua. Kami mahu mengukuhkan Selangor dan menjadikannya negeri contoh. Kami juga mahu menjadi alternatif kepada BN sebaik mungkin.
S: Dakwaan lain menyebut, PKR mahu menjadikan Selangor sebagai landasan ke Putrajaya. Bagi merealisasikan harapan itu, kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak diperlukan. Bagaimana keberadaan Anwar di Selangor mamapu merealisasikan harapan itu?
J: Selangor ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kelebihannya adalah peluang melakukan reformasi bagi menunjukkan corak urus tadbir kami, seperti Pulau Pinang merupakan model bagi DAP.
Ia juga mewakili rakyat Malaysia dari segi ekonomi dan landskap ekonomi.
Di Selangor, terdapat kawasan kampung, tanah rancangan Felda dan golongan kaya tinggal. Maka jika kami dapat membuktikan pelaksanaan program rakyat yang menyeluruh di Selangor, ia bukti kami boleh melaksanakan polisi sosio ekonomi tanpa meminggirkan orang Melayu.
Jika kita dapat membuktikan bagaimana sistem berdasarkan keperluan memeberi faedah kepada orang Melayu lebih kepada kaum lain dan inilah pelaksanaan apa yang terkandung dalam polisi Buku Jingga.
Rakyat kini mahu melihat kami melakukan keseimabngan di antara pembangunan ekonomi dan kaum.
Kami boleh lakukannya di Selangor dan ia bukan sekadar perbelanjaan berhemah. Kami mahu pencapaian meningkat dua kali ganda. Selangor harus menjadi gambaran apa yang akan kami lakukan di Putrajaya.
Kekurangannya pula adalah masyarakat di Selangor lebih kompleks berbanding penduduk di Pulau Pinang, Kedah atau pun Kelantan.
Kita mempunyai kepelbagaian agama, budaya dan kelas ekonomi. Pelbagai masalah terdapat di Selangor.BN akan mencari peluang seperti isu kalimah Allah. Jika kami meneruskan mengendalikan isu berkenaan seperti sebelum ini, saya tidak fikir kami dapat meyakinkan rakyat Malaysia untuk ke Putrajaya
S: Sepertinya PAS mengambil pendekatan berbeza dengan mengeluarkan kenyataan untuk tidak bersetuju terhadap percaturan PKR?
J: Itu PAS. Bila kami berunding dengan pemimpin di peringkat kebangsaan, mereka bersetuju. Itulah sebabnya kami meneruskan langkah ini. Reaksi PAS Selangor dapat difahami kerana rundingan kami melibatkan pucuk pimpinan parti. Kita perlu terus ke dapan. Sudah tentu ia memeranjatkan malah PKR sendiri. Khalid dan Azmin tidak mengetahuinya.
S: Azmin tidak mengetahuinya? Namun katanya ia sudah dirancang.
J: Ia ada dibincangkan tetapi sepintas lalu. Kami tidak memberitahu kepada semua orang. Ini satu gerakan berstrategi. Kami tidak berunding dengan semua kerana ia akan mengejutkan BN selain menyebabkan masalah dalaman PKR dan PR.
S: Bagaimana dengan istana Selangor?
J: Saya melihat istana akan bertindak secara profesional dan menghormati keputusan rakyat yang telah memilih PR dengan majoriti dua pertiga. Situasi Perak dan Selangor berbeza kerana negeri itu menang dengan majoriti tipis dan siapa yang akan menjadi mentri besar sedikit rumit dan memerlukan penjelasan.
Di Selangor, isu berkenaan tidak timbul. Berdasarkan sejarah istana di Selangor bertindak dengan sangat profesional dan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan negeri. Kami perlu mematuhi prosedur dan memahami peranan istana. Kami juga tidak mempunyai jurang komunikasi dengan istana.
S: Anda gembira dengan Khalid?
J: Saya fikir beliau memerlukan pembantu. Bukan bermakna prestasinya tidak bagus tetapi cabaran kini menjadi lebih besar. Mesej jelas perubahan strategi telah dimaklumkan. Saya tahu ramai yang tidak bersetuju dengan saya namun secara politiknya ia merubah landskap. Kini Umno juga perlu merubah perancangan mereka untuk mengendalikan Anwar di Selangor.
S: Adakah kebarangkalian Anwar tidak menang pilihan raya ini?
J: Inilah kaitan kepimpinan politik. Oleh kerana risikonya terlalu besar tetapi kami tidak mempunyai pilihan. Adakah kami perlu berdiam diri dan menunggu perubahan?
Rakyat mahukan kepimpinan politik Anwar. Inilah corak kepimpinan yang kami tawarkan. Ia rumit.
Saya juga kesal beliau perlu dilibatkan dalam kancah ini. Namun jika ini tidak dilakukan, tiada apa yang akan berubah dan ke mana hala tuju kami. Meskipun saya mengagumi pentadbiran Khalid tetapi beliau bukan pemimpin politik dan kita perlu menerimanya. – 31 Januari, 2014. - TMI.
Strategi bangang macam tu tentu punya akan timbulkan persepsi negatif dan kalau persepsi negatif tu dah tertanam bukan mudah nak dibaiki balik.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis