Nasib baik la papagomo tak kena bayar RM100juta macam yang Anwar saman tu, takat kena RM800k saja. Tapi takat RM800k pun aku rasa Papagomo kompom jadi papakedana. Kecuali la kalau ada pemimpin Umno yang sebelum ni Papagomo dok jilat sanggup nak tolong bayar saman RM800ribu tu.
Harakahdaily melaporkan:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris ialah Papagomo (gambar, kanan) dan didapati memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.
Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi. - Hrkh.
Harakahdaily juga melaporkan:
Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000.Sinarharian pada 21 Mac 2013 melaporkan:
Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.
Wan Mohd Azri yang hadir di mahkamah hari ini, masih menafikan beliau ialah Papagomo. - Ibid.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.Nasib baik la tak kena bayar RM100juta, takat kena RM800k saja. Tapi takat RM800k pun aku rasa Papagomo kompom jadi papakedana.
Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.
Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, yang telah dihantar kelmarin.
Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat video seks Anwar dengan lelaki gay.
"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan fitnah jahat oleh blogger Umno," katanya. - Sinarharian.
Kecuali la kalau ada pemimpin Umno macam dalam gambar kat atas tu yang sebelum ni Papagomo dok jadi penchachai depa sanggup nak tolong bayar saman RM800ribu tu, jangan harap laa...
Yang lawaknya sempat lagi dia nak troll Anwar tu... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis