Nak kalut apanya PRU lambat lagi laa... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 23, 2014

Nak kalut apanya PRU lambat lagi laa...

Aku yakin sangat tak banyak mana pun nama yang nak kena dicula, satu lokaliti sorang pun belum tentu ada senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan ni. Standard la, PRU lambat lagi, bila dah nak dekat PRU nanti baru ramai kalut mendaftar.

Bernama melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) bagi Suku Tahun 4/2013 di 930 tempat pameran di seluruh negara selama dua minggu bermula hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan hari ini berkata, Rang DPT itu melibatkan urusan permohonan pendaftaran sebagai pemilih bagi Oktober, November dan Disember tahun lalu. - TMI.  
Ayat macam tajuk kat atas tu cukup selalu aku dengar masa aku jaga daftar pemilih dulu bila berurusan dengan orang kuat cawangan atau Upu, jenuh jugak nak basuh kepala otak depa-depa yang berkenaan.

Untuk basuh kepala otak depa-depa ni aku biasa sangat bagi ayat "kalau MP atau ADUN tempat kita mati". Memang biasa sangat aku kena marah balik bila bagi contoh macam tu tapi memang itu realitinya.

Benda mati ni bukan kira umur, bukan kira sihat sakit, tuhan dah kata dengan sangat jelas dan terang kalau dah ditakdirkan takkan diawalkan atau dilewatkan walau sedetik, bab sebab musabab tu macam-macam laa...

Aku sebenarnya dah naik malas dah nak cerita pasai rang daftar pemilih tambahan ni, dah banyak sangat dah kut posting aku pasai bab rang Daftar Pemilih Tambahan ni kalau google belambak keluar.

Cuma yang aku nak ingatkan sekali lagi untuk individu-individu yang dipertanggungjawabkan untuk urus Rang Daftar Pemilih Tambah bagi pihak PAS di semua peringkat dari PAS Pusat sampai la ke cawangan atau lokaliti, tolong la sangat-sangat buat kerja.

Aku yakin sangat tak banyak mana pun nama yang nak kena dicula, satu lokaliti sorang pun belum tentu ada senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan ni. Standard la, PRU lambat lagi, bila dah nak dekat PRU nanti baru ramai kalut mendaftar.

Kalau sebelum-sebelum ni ramai sangat yang merungut tempoh semakan dan bantahan hanya seminggu, SPR dah pun lanjutkan jadi 2 minggu dan untuk rang kali ni bermula dari Selasa 21 Januari 2014 sehingga Isnin 3 Februari 2014.

Selain dari mencula daftar rang tu jangan lupa nak kena semak jugak kut-kut ada perubahan sempadan Upu, Dun atau Parlimen.

Dengan SPR ni bukan boleh kira, biasa sangat sebelum-sebelum ni depa suka-suka ubah sempadan walaupun sepatutnya kalau nak ubah sempadan nak kena dibentang dan diluuluskan dalam sidang Dun atau Parlimen. Ada saja alasan bangang yang depa bagi bila depa suka-suka ubah sempadan...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...