Sangat tak berbaloi kut kalau kena tangkap pasai rokok kretek Surya kena denda sampai RM10,000 dan penjara pulak sampai dua tahun. Kalau kena pasai kesalahan 'menggulingkan kerajaan' berbaloi la jugak, tambah-tambah kalau lepas tu jadi pulak rusuhan, memang berbaloi-baloi.
mStar melaporkan:
Anda boleh dikenakan denda, malah boleh dipenjara walau hanya membuat kesalahan membeli rokok haram, di bawah peraturan baru yang berkuatkuasa Rabu.
Pindaan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa bukan hanya menjual rokok dalam paket yang tidak mempunyai amaran kesihatan kerajaan dan gambar yang menyalahi undang-undang, tetapi membelinya juga menyalahi undang-undang. - mStar.
mStar juga melaporkan:
Di bawah pindaan yang diwartakan pada Jun lepas, pembeli adalah sama seperti penjual yang mana mereka boleh dikenakan denda maksimum RM10,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.Sangat tak berbaloi kut kalau kena tangkap pasai rokok kretek Surya 'haram' kena denda sampai RM10,000 dan penjara pulak sampai dua tahun.
Difahamkan peruntukan baru ini bertujuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok haram ke negara ini.
Peraturan 15 (4A) Akta menetapkan: "Tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan jualan, membeli atau ada di dalam miliknya sebarang paket atau karton rokok yang tidak dicetak dengan teks-teks yang ditetapkan dan imej amaran kesihatan." - Ibid.
Kalau kena denda RM10,000 atau penjara dua tahun pasai kesalahan 'menggulingkan kerajaan' berbaloi la jugak, tambah-tambah kalau lepas tu jadi pulak rusuhan, memang berbaloi-baloi.
Tambah-tambah pulak bila dah tergolong dalam golongan 'bughah' ni, depa nak tahan pasai 'bughah' mungkin tak berapa nak boleh lekat di mahkamah, tiba-tiba ada pulak Surya sekotak dalam poket, sia-sia ja kalau kena penjara smapai dua tahun, nak lawan Umno BN pun tak boleh.
Jadinya, terutama sekali kepada kawan-kawan aku para bughah sekelian yang dalam masa yang sama penagih tegar roko-rokok haram, aku nak kempen jom ramai-ramai sempena tahun baru ni kita berhijrah hisap rokok daun pulak, selain dari tak salah dari segi undang-undang dan harga pulak murah dalam masa yang sama kita mengekalkan tradisi melayu asli sejati.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis