Siapa pimpinan PAS yang desak sampai debat kalimah Allah Noh Omar-Khalid Samad dibatalkan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Januari 27, 2014

Siapa pimpinan PAS yang desak sampai debat kalimah Allah Noh Omar-Khalid Samad dibatalkan?

Kalau pun nak sorok sumber maklumat tu pun pasai apa tak berani sebut sapa pucuk pimpinan PAS yang dikata kuat mendesak debat kalimah Allah tu dibatalkan.

Malaysiakini melaporkan:
Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah Allah antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini dibatalkan.

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.

“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau. - Ibid.
Noh 'udang' Omar bernasib baik sungguh pasai Kumpulan Media Karangkraf tak berani teruskan debat tu, kalau tidak tentu orang ramai boleh tengok macamana bukti kukuh betapa apa Noh Omar digelar Noh udang.

Portal penchachai Umno BN MyKMU cuba spin bab ni. Depa tulis:
Menurut maklumat yang diperolehi, sebab tertentu itu adalah desakan kuat dari pucuk pimpinan PAS agar debat berkenaan dibatalkan.

Hebat pucuk pimpinan PAS sehingga berjaya membuat Sinar Harian mengambil keputusan untuk membatalkannya sedangkan sekiranya perkara sama diambil oleh UMNO dalam debat atau wacana sebelum ini, pasti akan terpampang di muka hadapan tajuk-tajuk yang terus merugikan UMNO. - MyKmu.
Apa kejadahnya pimpinan PAS Pusat nak desak debat tu dibatalkan pulak. Sedap ja depa tulis 'menurut maklumat yang diperolehi'. Pasai apa pulak takut nak tulis sapa sumber maklumat tu kalau betul maklumat macam tu memang ujud.

Kalau pun nak sorok sumber maklumat tu pun pasai apa tak berani sebut sapa pucuk pimpinan PAS yang dikata kuat mendesak tu.

Ada pulak blogger penchachai kata Noh Omar tak pernah berhasrat membatalkan debat tu tapi Khalid Samad yang sebenarnya dah goyang, takut konon pasai kenyataan TG Nik Aziz yang terbaru pasai isu kalimah Allah tu.

Sejak bila pulak Khalid Samad pernah takut nak berdebat. Silap orang la kalau kata Khalid Samad takut nak berdebat. Kalau dia tak yakin dengan hujjah dia Khalid Samad takkan suka-suka nak sambut cabaran Noh 'udang' Omar tu bagi pihak PAS.

Langsung tak relevan nak kaitkan dengan kenyataan TG Nik Aziz yang terbaru tu pasainya takdak benda baru dalam kenyataan TG Nik Aziz tu, sama macam kenyataan yang Majlis Syura' PAS keluarkan sebelum ni, malah kenyataan TG Nik Aziz tu lebih memperjelaskan lagi kenyataan Majlis Syura' sebelum ni.

Sinarharian melaporkan:
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.

Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam. - Sinarharian.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...