Harap Mat Sabu akan perform sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal ke-2 ni... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 23, 2013

Harap Mat Sabu akan perform sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal ke-2 ni...

Syarie ka tak syarie tahap depa melobi aku malas nak ulas, cumanya aku harap para 'pemuja dan pelobi' Mat Sabu lepas ni tolong pastikan sama supaya Mat Sabu perform sebagai Timbalan Presiden PAS.

Malaysiakini melaporkan:
Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.

Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Ia diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi. Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.- Mkini
Tahniah kepada bang Mat Sabu sebab berjaya pertahankan jawatan Timbalan Presiden untuk penggal ke dua. Dan tahniah jugak kepada pasukan kempen dia yang rasmi atau pun yang tak rasmi yang bersungguh-sungguh melobi untuk pastikan Mat Sabu menang.

Syarie ka tak syarie tahap depa melobi aku malas nak ulas, cumanya aku harap para 'pemuja dan pelobi' Mat Sabu lepas ni tolong pastikan sama supaya Mat Sabu perform sebagai Timbalan Presiden PAS.
Pasainya dari pemerhatian aku selama dia jadi Timbalan Presiden PAS ni aku tak nampak sangat sumbangan dia kepada PAS. Selain dari menggerakkan massa untuk himpunan rakyat aku tak nampak kerja buat Mat Sabu. Kalau setakat untuk tarik 'crowd' tak payah pegang jawatan Timbalan Presiden pun takpa.

Aku mengharapkan sumbangan yang lebih dari Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS terutama sekali untuk tampung 'kekurangan' yang ada pada Presiden dan dalam masa yang sama membantu menaikkan lagi imej Presiden PAS.

Sungguh, kalau tanya aku, aku mengharapkan muka baru untuk duduk di kerusi no 2 tu yang boleh bagi nafas baru, idea baru dan semangat baru untuk PAS, tapi nak buat macamana kalau tara Husam dan Ustaz Tuan Ibrahim pun tak berani nak bertanding jawatan tu.

Cumanya kalau nak bandingkan dengan Ust Nik Amar aku rasa Mat Sabu lebih sesuai dikekalkan dikerusi tu dan ternyata majoriti perwakilan pun fikir macam tu jugak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...