Husam menang kiraan semula Naib Presiden bersama Ust Tuan Ibrahim dan Salahuddin? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 24, 2013

Husam menang kiraan semula Naib Presiden bersama Ust Tuan Ibrahim dan Salahuddin?

Aku yakin keputusan tak rasmi yang kata Husam Musa, Ust Tuan Ibrahim dan Salahuddin yang menang Naib Presiden tu betul, pasainya rahsia dalam PAS ni tak berapa boleh nak kata rahsia, belambak dok ada jenis yang tak boleh pakai yang suka bocor rahsia.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa sudah memenangi jawatan Naib-naib Presiden PAS setelah selesai kiraan semula, kata sumber parti.

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengenainya hanya akan diumumkan esok di Muktamar PAS.

Menurut sumber, wakil bagi pihak-pihak yang bertanding sudah menandatangani borang pengesahan keputusan itu setelah kiraan kali terakhir dibuat. - TMI.
Sebelum tu Malaysiakini melaporkan:
Dalam sidang media kemudiannya, Asmuni berkata pengiraan semula undi dijalankan kerana terdapat perbezaan undi "sangat rapat" antara kelima-lima calon yang bertanding.

"Kami bertanyakan kepada wakil-wakil calon dan mereka setuju untuk pengiraan semula jumlah undi bagi naib presiden," katanya.

Asmuni yang juga seorang peguam berkata beliau memberi jaminan keputusan jawatan nombor tiga dalam itu akan diumumkan jam 9.30 pagi esok. - Mkini.
Betul ka dak keputusan tak rasmi  tu nak kena tunggu jam 9.30 pagi ni macam janji Hj Asmuni, Pengerusi Pemilihan yang janji nak umumkan secara rasmi.

Cumanya aku yakin keputusan tak rasmi yang kata Husam Musa, Ust Tuan Ibrahim dan Salahuddin yang menang Naib Presiden tu betul, pasainya takkan TheMalaysianInsider berani nakk lapor kalau depa trak dapat dari 'sumber' yang boleh dipercayai, lagi pun rahsia dalam PAS ni tak berapa boleh nak kata rahsia, belambak dok ada jenis yang tak boleh pakai yang suka bocor rahsia.

Lagi satu, kalau betul keputusan tak rasmi tu, aku harap sangat TG Presiden gunapakai cadangan perwakilan Sabah, dan kut-kut boleh pakai harapan aku yang aku update salam status facebook aku semalam:
Aku harap esok HUSAM MUSA akan diumumkan sebagai Naib Presiden PAS dan dipertanggungjawabkan mengetuai lajnah Sabah, Sarawak dan Labuan yg bakal ditubuhkan.

Ust Tuan Ibrahim pulak memantau pantai timur manakala Salahuddin Ayub memantau pantai barat dan selatan.

Dan Mahfuz Omar akan dilantik sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Harap2 laa... - Facebook.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...