Cubaan celaka SPR untuk divert isu dakwat tak kekal | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 26, 2013

Cubaan celaka SPR untuk divert isu dakwat tak kekal

Bukannya susah sangat pun nak menafikan 'hubungan rapat' tu. Tambah-tambah pulak tentu punya hakin yang 'terpilih' untuk kendalikan kes tu nanti takkan berani nak memenangkan Rafizi.


Harakahdaily melaporkan:
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang mencabarnya mengulangi kenyataan di luar Dewan Rakyat berhubung pembekal dakwat kekal hanya sebagai cubaan menutup kegagalan suruhanjaya itu mengendalikan PRU13 lalu.

Pengarah Strategi PKR itu juga berkata tidak timbul isu mahu mencabarnya mengulangi kenyataan di luar dewan memandangkan beliau sudahpun bercakap tentang isu itu kepada media di luar dewan ketika persidangan parlimen yang berakhir minggu lalu.

"Kenyataan di luar dewan yang telah saya buat adalah mencukupi untuk mereka mengambil tindakan undang-undang. - Hrkh.   
Aku cukup setuju dengan tektik Rafizi, memang tak payah layan cabaran SPR tu.

Sebelum ni Sinarharian ada melaporkan:
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencabar ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk mengulangi semula dakwaan yang dilemparkan kepada beliau serta timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengenai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal di luar Dewan Rakyat.

“Saya berharap dalam tempoh seminggu mulai hari ini kalau dia (Rafizi) bertanggungjawab dan anak jantan ulang tuduhan itu di luar Dewan dengan menyebut nama kami dan setelah itu nanti kami berdua akan berbincang dengan peguam kami untuk ambil tindakan selanjutnya,” katanya. - Sinar.
Takdak maknanya cabar Rafizi jadi anak jantan pun, pasainya tujuan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tu cabar supaya depa boleh dakwa Rafizi atas tuduhan dia yang kata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tu kenal rapat dengan syarikat yang dapat kontrak bekal dakwat kekal tapi bekalkan dakwat tak kekal tu.

Depa kenal rapat atau tidak tu bukan isu yang besar sangat berbanding isu utama iaitu SPR menipu seluruh rakyat Malaysia paksa calit dakwat yang tak kekal kepada semua pengundi yang SPR beli cukup mahal guna duit rakyat.

Tujuan depa saman tu untuk divert isu, supaya rakyat sibuk dengan kes saman tu dan tak berapa peduli dengan isu sebenar pasai ditipu dengan dakwat tak kekal tu. Tak ka celaka lagi bangsat punya aksi.

Lagi pun apa depa nak takut naik turun mahkamah pasainya depa yakin depa akan menang. Bukannya susah sangat pun nak menafikan 'hubungan rapat' tu. Tambah-tambah pulak tentu punya hakin yang 'terpilih' untuk kendalikan kes tu nanti takkan berani nak memenangkan Rafizi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...