PRK Kuala Besut: Calon pun PAS tak bincang lagi? Lembabnya... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 03, 2013

PRK Kuala Besut: Calon pun PAS tak bincang lagi? Lembabnya...

Lebih cepat nama calon lebih cepat kempen boleh bermula. Kalau ada yang tak puas hati lebih cepat kita boleh kenalpasti dan lebih banyak masa untuk diselesaikan.

Sinarharian melaporkan:
Pas belum membincangkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, senarai nama calon akan dihantar oleh Pas kawasan Besut kepada Pas negeri dan seterusnya akan dihantar kepada Pas Pusat. - Sinarharian
Semalam Sinarharian melaporkan:
GENTING HIGHLANDS - BN akan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketiga-tiga mereka merupakan orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi serta berhemah.

"Kita ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama, walaupun Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara, kita akan kemukakan nama-nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin," katanya. - Sinarharian.
Dalam hal ni nampaknya Umno BN lebih cekap dari PAS walaupun sebelum ni Shabery Cheek belasah Pakatan Rakyat kononnya tak reti adab dah bincang pasai PRK walaupun jenazah Adun Kuala Besut belum disempurnakan.

Pun begitu, Sinarharian juga melaporkan:
“Dalam sehari dua lagi, kita akan memutuskan siapa yang akan menjadi calon pada PRK Kuala Besut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. - Ibid.
Aku harap sangat PAS tak lembab dalam hal pemilihan calon ni. Aku harap sangat PAS dapat buat keputusan sapa yang akan jadi calon di PRK Kuala Besut tu secepat mungkin.

Pasainya lebih cepat nama calon lebih cepat kempen calon boleh mula. Kalau ada yang tak puas hati lebih cepat kita boleh kenalpasti dan lebih banyak masa untuk diselesaikan.

Tambah-tambah pulak setahu aku PAS Besut ni bukan calang-calang kawasan dalam bab perang dalaman ni. Kebarangkalian untuk jadi sabotaj memang tinggi.

Kalau masalah dalaman pun tak boleh diselesaikan jangan mimpi la nak boleh tutup majoriti Umno yang dekat 3ribu undi tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...