Apa barang berdemo di stadium, turun flashmob la kalau betul-betul berani | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 11, 2013

Apa barang berdemo di stadium, turun flashmob la kalau betul-betul berani

Apa barang kalau setakat beramai-ramai menjerit kat dalam stadium, kalau berani pi la turun ke tengah jalanraya buat flashmob kat tempat masing-masing.

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 MEI : Kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka mei‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’ akan mengadakan ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ pada 13 Mei 2013 jam 1 petang serentak di seluruh Malaysia.

Pengarah Flash Mob Tolak Perkauman cabang Kuala Lumpur, Haizal Yatiran menyifatkan Flash Mob berkenaan penting bagi menolak provokasi perkauman yang sengaja dimainkan oleh Umno Barisan Nasional melalui media utama mereka. - Keadilandaily.   
Sebelum ni dikatakan beratus ribu berpusu-pusu ke Stadium Kelana Jaya untuk berhimpun dalam program yang popular dengan nama Blackout 505.

Malam ni pun ada lagi program yang serupa sedang LIVE di Stadium Batu Kawan untuk negeri Pulau Pinang. Esok pulak katanya akan diadakan di Perak dan katanya himpunan serupa akan diadakan disetiap negeri di seluruh negara.

Aku tak minat langsung kalau buat 'demonstrasi' kat dalam stadium ni. Pada aku program macam tu tak lebih sekadar ceramah. Ada pemimpin berucap menghasut hadirin. Yang tak hadir taktau apa-apa dan tak rasa apa-apa.

Pasai tu aku sangat setuju dengan tindakan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia’ yang akan menganjurkan flashmob diseluruh negara.

Apa barang kalau setakat beramai-ramai menjerit kat dalam stadium, kalau berani pi la turun ke tengah jalanraya buat flashmob kat tempat masing-masing.

Cumanya suka aku nak ingatkan, peluang untuk hangpa kena tangkap dan disumbat dalam lokap sangat-sangat besar. bagi yang tak bersedia untuk tidur dalam lokap tak payah la kut cuba-cuba tunjuk berani. Tapi bagi yang bercita-cita untuk merasai pengalaman tidur dalam lokap, inilah satu peluang yang sangat baik.

Ada berani?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...