Kalau dalam umno budaya berlakon taat setia memang perkara biasa sambil dalam masa yang sama merancang strategi untuk mencantas.
Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. - Sinarharian.
Roketkini pula melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 MEI: DAP menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua walaupun DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta PKR dengan kerusi untuk membolehkan Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor.Nampak gayanya kempunan lagi la Azmin kali ni. Hasrat nak jadi Menteri besar Selangor terpaksa ditangguh lagi. Entah bila boleh dapat pun taktau.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim patut diiktiraf kerana integriti dan perkhidmatannya yang cemerlang di Selangor. - Roketkini.
Kalau PR dapat tawan Putrajaya aku yakin Azmin akan pilih untuk jadi Menteri Besar Selangor berbanding jadi menteri. Masa tu takdak masalah sangat untuk dia 'singkir' Khalid Ibrahim dari kerusi menteri besar pasainya belambak jawatan boleh dibagi diperingkat pusat sebagai Menteri.
Sebagai ahli politik yang diasuh dalam Umno, aku yakin Azmin takkan buat kenyataan menongkah arus. Saja cari nahas namanya kalau buat macam tu. Kalau dalam umno budaya berlakon taat setia memang perkara biasa sambil dalam masa yang sama merancang strategi untuk mencantas.
Cumanya nasihat aku kepada pemuja Azmin dari kalangan AMK dan yang sewaktu dengannya yang mengaku kononnya 'Suara Anak Muda Selangor', tak payah la kut nak beraksi bangang desak Azmn dilantik jadi MB, tau sangat pasai apa hangpa nak sangat Azmin jadi MB...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis