Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112: Takkan berlaku 'Arab Spring' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 27, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112: Takkan berlaku 'Arab Spring'

Kalau ada yang teringin nak tengok versi 'arab spring' berlaku kali ni, boleh simpan ja la kut dulu angan-angan tu. Keadaan memang belum 'kondusif' untuk tu.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu The Malaysian Insider, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.

Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman. - TMI
Kalau ikut kepala aku, tak payah minta permit lagi bagus. Kalau takdak permit baru la besar peluang untuk rasa air kimia dan gas pemedih mata sekali lagi.

Bukan senang nak dapat peluang mandi air kimia dan hidu gas pemedih mata. Mungkin himpunan kali ni peluang yang terakhir. Kalau PRU13 nanti Pakatan Rakyat berjaya tumbangkan Umno BN mungkin dah takdak peluang dah.

Tapi bila difikir balik, mungkin betul macam kata Hishamudin Rais, keadaan belum kondusif. Masih perlu minta permit dan buat dalam stadium untuk bagi peluang kepada 'pencinta dan penganut demokrasi tegar' untuk sama-sama berhimpun.

TMI juga melaporkan:
“Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi. - Ibid.
Maksud aku, kalau ada yang teringin nak tengok versi 'arab spring' berlaku kali ni, boleh simpan ja la kut dulu angan-angan tu. Keadaan memang belum 'kondusif' untuk tu.

Himpunan Kebangkitan Rakyat kali ni pun, masih lagi perlu 'pimpinan', perlu 'sabda' dari pimpinan untuk bagi ramai. Kalau takat nak harap kepada rakyat yang peka dan perihatin, bukan takat 1 juta, angka 10,000  pun nampak macam sangat mustahil.

Apa pun, jangan lupa buat persediaan untuk #KL112. Kalau orang macam kita pun tak hadir, kompom angka 1juta takkan capai.





Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejud

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...