Bukti jelas yang PAS bukan wala' kepada DAP | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Disember 26, 2012

Bukti jelas yang PAS bukan wala' kepada DAP

Bangang sangat la PAS kalau sampai sanggup gadai prinsip berkenaan Islam. PAS cuma senada dengan DAP dalam perkara yang boleh disepakati tapi tak pernah tunduk kepada DAP dalam perkara yang tak boleh disepakati terutama yang melibatkan hukum dan kesucian Islam.

Penchachai Umno BN terutamanya dari kalangan bloggers dan facebookers selalu sangat guna ayat PAS sebagai kuda tunggangan DAP. Malah ada yang cukup kurang ajar dakwa PAS sanggup mengenepikan prinsip semata-mata untuk jada hati pemimpin DAP.

Tapi dalam isu penggunaan perkataan 'Allah' dalam Bible, sangat jelas PAS tak sewenang-wenangnya menjual prinsip dan kesucian semata-mata untuk senada dan seirama dengan DAP.
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Dis — Dalam perdebatan mengenai isu kalimah “Allah”, PAS hari ini menyatakan masyarakat Kristian tidak wajar menggunakannya sebagai merujuk kepada tuhan mereka dalam Injil tetapi DAP pula bertegas bahawa Kristian di Malaysia Timur dibenarkan menggunakan kalimah tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata kalimah “Allah” dalam Alkitab, terjemahan Injil bahasa Melayu tidak akan mencerminkan maksud asal ayat tersebut.

“PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.”

Beliau juga berkata kedua-dua Kristian dan Islam mungkin terkeliru apabila kalimah “Allah” digunapakai dalam Alkitab. - TMI.
Sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN supaya membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia.

Lim, dalam mesejnya hari ini sempena sambutan Krismas berkata, dalam semangat cuti yang melambangkan keamanan, "sebuah kerajaan yang mesra rakyat juga boleh membawa keamanan dan kemakmuran yang berdasarkan prinsip-prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi dan integriti.

"Atas sebab ini, DAP menggesa kerajaan persekutuan BN untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Alkitab versi Bahasa Malaysia seperti yang telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun." - Mkini.
Bangang sangat la PAS kalau sampai sanggup gadai prinsip berkenaan Islam. PAS cuma senada dengan DAP dalam perkara yang boleh disepakati tapi tak pernah tunduk kepada DAP dalam perkara yang tak boleh disepakati terutama yang melibatkan hukum dan kesucian Islam.

Cumanya PAS lebih selesa berkawan dengan DAP yang majoriti ahlinya orang kafir berbanding berkawan dengan Umno yang mengaku konon memperjuangkan Islam jugak.

Pasainya, PAS perlu berkawan dengan DAP untuk menumbangkan Umno BN yang bukan saja gagal mendaulatkan Islam tapi juga memerintah negara dengan penuh korup dan penyelewengan. Walaupun Malaysia kaya denga hasil bumi tapi negara masih lagi miskin dengan hutang beratus billion.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...